The Step - Every Story Moves You

“Baru tahu solat jenazah boleh dilakukan selepas pengebumian”... Netizen dapat ilmu daripada Tuan Guru Abdul Hadi

“Kadang-kadang, kita belajar bukan melalui ceramah yang panjang, tetapi melalui satu perbuatan yang kita saksikan" - Netizen

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan7 Oktober 2026 pada 06:41 PTG2 min bacaanDikemas kini 9 Oktober 2026 pada 10:29 PG
“Kadang-kadang, kita belajar bukan melalui ceramah yang panjang, tetapi melalui satu perbuatan yang kita saksikan,”

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menunaikan solat jenazah di sisi pusara Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menunaikan solat jenazah di sisi pusara Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali selepas pengebumian mencetuskan perbualan dalam kalangan netizen.

Malah, ada yang mengakui peristiwa itu memberi satu ilmu baharu berkaitan pengurusan jenazah, khususnya bahawa solat jenazah masih boleh dilakukan selepas seseorang dikebumikan dalam keadaan tertentu.

Perkara itu turut dikongsi seorang pengguna TikTok menerusi akaun @n.atiqahnusri yang menyifatkan perbuatan Abdul Hadi sebagai satu bentuk teladan yang membuka ruang kepada orang lain untuk belajar.

“Kadang-kadang, kita belajar bukan melalui ceramah yang panjang, tetapi melalui satu perbuatan yang kita saksikan,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Menurutnya, selepas melihat Abdul Hadi menziarahi pusara Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah dan menunaikan solat jenazah, ada yang baru mengetahui bahawa solat jenazah masih boleh dilakukan selepas pengebumian.

“Maaf, saya baru tahu...” tulisnya.

Hantaran itu turut menyentuh bagaimana amalan yang dilakukan seorang ulama yang juga tokoh politik boleh menjadi contoh kepada masyarakat tanpa memerlukan penjelasan yang panjang.

“Begitulah ilmu. Kadang-kadang ia disampaikan dengan kata-kata, kadang-kadang cukup dengan teladan,” katanya.

Malah, pemilik media sosial berkenaan turut mendoakan agar Allah SWT merahmati Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah serta mengurniakan kesihatan, kekuatan dan keberkatan kepada Abdul Hadi.

Dari sudut hukum, perkara itu sememangnya mempunyai sandaran dalam perbahasan fiqh.

Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan bahawa seseorang yang terlepas solat jenazah masih boleh menunaikannya di sisi kubur selepas jenazah dikebumikan.

Dalam penjelasan Mufti Wilayah, mereka yang hadir lewat dan tidak sempat menyertai solat jenazah sebelum pengebumian dibenarkan melakukan solat jenazah di sisi kubur. Solat tersebut juga boleh dilakukan walaupun jenazah telah dikebumikan.

Justeru, apa yang menjadi perhatian netizen bukan sekadar tindakan Abdul Hadi menziarahi pusara Allahyarham, tetapi bagaimana satu peristiwa yang berlaku di depan mata boleh menjadi titik permulaan kepada masyarakat untuk mengetahui ilmu berkaitan pengurusan jenazah yang mungkin selama ini tidak diketahui mereka.

Dalam konteks itu, hantaran berkenaan menerima perhatian netizen apabila ada yang menganggapnya sebagai peringatan bahawa proses belajar tentang agama tidak semestinya berlaku hanya melalui kuliah atau ceramah, sebaliknya boleh tercetus daripada sesuatu amalan yang disaksikan sendiri.

“Kerana seorang guru bukan hanya mengajar dengan lisannya, tetapi juga mendidik melalui akhlak dan perbuatannya," katanya.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 191 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com