The Step - Every Story Moves You

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada Februari 2024, bagaimanapun urusan pembelian dusun durian tersebut tidak berlaku.

Metra Syahril Mohamed
Oleh Metra Syahril MohamedKetua Pengarang The Step27 Oktober 2026 pada 08:07 PG1 min bacaan
SPRM.

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat pemborong, pengimport dan pengeksport buah-buahan dan sayur-sayuran kerana disyaki terlibat dalam penipuan berkaitan urusan pembelian dusun durian berjumlah kira-kira RM1.65 juta.

Suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada Februari 2024, bagaimanapun urusan pembelian dusun durian tersebut tidak berlaku.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan suspek akan dituduh pagi ini di Mahkamah Shah Alam, Selangor.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Metra Syahril MohamedKetua Pengarang The Step, The Step | 86 siaran

Penulis merupakan Ketua Pengarang The Step. Berpengalaman dalam penulisan berita lebih 20 tahun khususnya berkaitan misi kemanusiaan, rencana dan hal ehwal semasa. Penulis juga merupakan calon angkasawan ketika proses pemilihan angkasawan negara. Pernah menyertai misi kemanusiaan di Somalia dan Syria, mendekati cerita-cerita mangsa perang dan konflik kemanusiaan. Penulis juga pernah menyertai misi kemanusiaan di Lubnan bersama pasukan MALBATT.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com