The Step - Every Story Moves You

Irene Sofiya meninggal dunia akibat 'trauma objek tumpul di kepala'

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, ia disahkan menerusi bedah siasat dijalankan pakar patologi forensik Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, semalam.

Metra Syahril Mohamed
Oleh Metra Syahril MohamedKetua Pengarang The Step5 Oktober 2026 pada 03:21 PTG1 min bacaanDikemas kini 5 Oktober 2026 pada 10:10 PTG
M. Kumar

'BLUNT trauma to the head' atau kecederaan trauma akibat objek tumpul di bahagian kepala disahkan punca kematian seorang pelajar perempuan tingkatan empat yang dipercayai dibunuh di dewan sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor, kelmarin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, ia disahkan menerusi bedah siasat dijalankan pakar patologi forensik Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, semalam.

Malah menurut beliau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui JSJ mengesahkan siasatan sedang dijalankan mengenai kejadian berkenaan.

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

"Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan, kelmarin, dan permohonan reman dibenarkan oleh majistret sehingga 9 Oktober ini bagi membantu siasatan," katanya.

Beliau memberitahu, setakat ini pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan (KPM) memberi kerjasama sepenuhnya kepada PDRM dalam siasatan kes.

Jelasnya, PDRM turut memberi jaminan siasatan akan dijalankan secara menyeluruh, telus dan profesional tanpa sebarang elemen 'cover-up' atau melindungi mana-mana pihak.

"Kes masih di peringkat siasatan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi atau memberi sebarang komen yang boleh menggangu proses siasatan atau memanipulasi fakta dengan tujuan menyebabkan kegusaran kepada masyarakat," tegasnya.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Metra Syahril MohamedKetua Pengarang The Step, The Step | 86 siaran

Penulis merupakan Ketua Pengarang The Step. Berpengalaman dalam penulisan berita lebih 20 tahun khususnya berkaitan misi kemanusiaan, rencana dan hal ehwal semasa. Penulis juga merupakan calon angkasawan ketika proses pemilihan angkasawan negara. Pernah menyertai misi kemanusiaan di Somalia dan Syria, mendekati cerita-cerita mangsa perang dan konflik kemanusiaan. Penulis juga pernah menyertai misi kemanusiaan di Lubnan bersama pasukan MALBATT.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com