The Step - Every Story Moves You

Ahli keluarga selebriti didakwa lakukan ritual pemujaan berhala, Iesya Toh persoal tindakan agensi agama

“Nauzubillah. Nak tahu seteruk mana kesan New Age kepada anak muda Melayu?" - Iesya Toh

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan8 Oktober 2026 pada 07:35 PTG1 min bacaanDikemas kini 9 Oktober 2026 pada 10:29 PG
“Nauzubillah. Nak tahu seteruk mana kesan New Age kepada anak muda Melayu?

Didakwa terdapat seorang individu daripada generasi Z yang melakukan ritual berkaitan pemujaan berhala Facebook: Iesya Toh

SELEBRITI Iesya Toh meluahkan kebimbangan terhadap dakwaan mengenai pengaruh fahaman New Age dalam kalangan generasi muda Melayu beragama Islam.

Menerusi perkongsian di media sosial, Iesya mendakwa terdapat seorang individu daripada generasi Z yang melakukan ritual berkaitan pemujaan berhala.

Dalam pada itu, Iesya mendakwa individu tersebut mempunyai adik yang juga seorang pelakon yang baru meningkat naik.

“Nauzubillah. Nak tahu seteruk mana kesan New Age kepada anak muda Melayu?

“Yang sujud mencium berhala ini anak Melayu Gen Z. IC (kad Pengenalan) beragama Islam,” katanya.

terdapat seorang individu daripada generasi Z yang melakukan ritual berkaitan pemujaan berhala,
terdapat seorang individu daripada generasi Z yang melakukan ritual berkaitan pemujaan berhala,

Iesya turut mempersoalkan tindakan pihak berkuasa agama dalam menangani isu berkaitan dakwaan pengaruh New Age, termasuk isu membabitkan Marhamah Rosli dan yoga yang menurutnya masih belum diambil tindakan.

“Adakah pendedahan budak ini nanti juga akan didiamkan tanpa tindakan? Sama-sama kita nantikan,” katanya.

Menurut Iesya, ketegasan pihak berkuasa agama amat penting bagi memastikan isu seumpama itu tidak terus mempengaruhi generasi muda.

Bagaimanapun, dakwaan mengenai individu serta ritual yang disebut Iesya itu adalah berdasarkan perkongsiannya dan tidak dapat disahkan secara bebas setakat ini.

Orang ramai disarankan tidak membuat kesimpulan atau menyebarkan identiti individu yang didakwa sehingga terdapat pengesahan daripada pihak berkuasa atau sumber yang sah.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 191 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com