Lee Junho curi perhatian di Cuckootopia, Cuckoo perkenal inovasi kediaman sihat
Lee Junho turut merasmikan pelancaran koleksi hamper gaya hidup Tahun Baharu Cina (CNY)


Duta Jenama Global Cuckoo, Lee Junho, muncul di acara pop-up Cuckootopia di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada Ahad.
BINTANG antarabangsa merangkap Duta Jenama Global Cuckoo, Lee Junho, meneruskan kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 Cuckoo Malaysia menerusi kemunculan istimewa di acara pop-up Cuckootopia di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada Ahad.
Kemunculan penyanyi dan pelakon popular Korea Selatan itu susulan penampilannya pada konsert ulang tahun Cuckoo pada Sabtu malam, sekali gus melengkapkan sambutan istimewa anjuran Cuckoo International (MAL) Berhad.
Pada acara berkenaan, Lee Junho turut merasmikan pelancaran koleksi hamper gaya hidup Tahun Baharu Cina (CNY) Cuckoo yang mengetengahkan konsep pemberian hadiah lebih praktikal dengan menggabungkan barangan keperluan kediaman dan kesejahteraan hidup.

Beliau turut berinteraksi dengan peminat yang hadir sebelum menjadi individu pertama menerima hamper berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Cuckoo Malaysia, Hoe Kian Choon, berkata inisiatif itu adalah usaha syarikat untuk membawa kesejahteraan kepada masyarakat bukan sahaja melalui produk kediaman, malah menerusi pemberian hadiah kepada insan tersayang.
“Sebagai Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator), kami sentiasa mencari cara baharu untuk membantu rakyat Malaysia hidup lebih sihat dan bahagia, sama ada menerusi produk yang digunakan di rumah mahupun hadiah yang dipilih untuk insan tersayang.
“Lifestyle Hamper kami menerapkan falsafah ini sempena Tahun Baharu Cina. Ia memberi nafas baharu kepada hamper tradisional dengan menterjemahkan harapan kesejahteraan hidup kepada sesuatu yang praktikal untuk digunakan dan dinikmati seisi keluarga sepanjang tahun,” katanya.

Tiga konsep hamper untuk insan tersayang
Koleksi hamper berkenaan menampilkan tiga konsep utama yang membawa simbolik berbeza, iaitu Splash of Fortune Lifestyle Hamper, Taste of Prosperity Lifestyle Hamper dan Pot of Togetherness Lifestyle Hamper.
Splash of Fortune Lifestyle Hamper menampilkan kepala pancuran bertapis yang melambangkan permulaan tahun yang menyebarkan.
Manakala Taste of Prosperity Lifestyle Hamper pula dilengkapi periuk serbaguna dengan membawa harapan untuk tahun yang makmur dan penuh khasiat.
Sementara itu, Pot of Togetherness Lifestyle Hamper menampilkan periuk panas seramik Cuckoo x Color King yang mengetengahkan kemeriahan berkumpul dan menikmati hidangan bersama keluarga serta orang tersayang.
Ketiga-tiga konsep itu menggabungkan barangan praktikal dengan pembungkusan bertemakan perayaan bagi menyampaikan harapan terhadap kesihatan, kebahagiaan dan kemakmuran.
Koleksi hamper berkenaan dijadualkan mula boleh ditempah pada penghujung November ini.

Perkenal lapan inovasi kediaman sihat
Selain pelancaran hamper, acara itu turut mengetengahkan pelbagai inovasi kediaman sihat Cuckoo, termasuk dua produk yang baru dilancarkan, iaitu penapis air pembuat ais Cuckoo Granite dan mesin pencuci pinggan Cuckoo Qube.
Turut diperkenalkan ialah enam inovasi yang bakal dilancarkan, merangkumi penapis air Cuckoo Flo Max, kepala pancuran bertapis Cuckoo AquaAura, periuk tekanan cuckoo CMC-BSN501, periuk serbaguna rendah gula Cuckoo CR-1060F, penapis air bebas tangki Cuckoo Petite serta sebuah stesen air mudah alih.
Acara pop-up selama empat hari itu mengetengahkan tema ulang tahun ‘Menghargai Setiap BFF’ yang merujuk kepada Buddies, Friends dan Families, selain menawarkan pelbagai aktiviti interaktif, pameran produk serta promosi eksklusif kepada pengunjung.
Penganjuran Cuckootopia turut mendapat sokongan WonderLab dan Step8ight sebagai Rakan Rasmi Gaya Hidup, Montigo sebagai Rakan Rasmi Bekas Minuman, Goojodoq sebagai Rakan Rasmi Pendinginan Mudah Alih, HWC Coffee sebagai Rakan Rasmi Minuman, TikTok Shop sebagai Rakan Rasmi E-Dagang serta Samsung Malaysia Electronics sebagai Rakan Sokongan.
Acara itu juga dianjurkan bagi menyokong Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Berita berkaitan


Adam Corrie terkilan penonton tunggu OTT, tidak sokong Orang Perang di pawagam

KWSP, PERKESO dan solat Jumaat wajib dijaga, Adam Corrie tidak kompromi hak pekerja


