The Step - Every Story Moves You

Adam Corrie terkilan penonton tunggu OTT, tidak sokong Orang Perang di pawagam

“Saya merayu kepada peminat filem tempatan agar hadir ke panggung dan hargailah titik peluh seluruh warga kerja yang menghasilkan karya ini" - Adam Corrie

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan26 Oktober 2026 pada 02:18 PTG1 min bacaanDikemas kini 26 Oktober 2026 pada 02:26 PTG
 “Saya merayu kepada peminat filem tempatan agar hadir ke panggung dan hargailah titik peluh seluruh warga kerja yang menghasilkan karya ini" - Adam Corrie

“Saya merayu kepada peminat filem tempatan agar hadir ke panggung dan hargailah titik peluh seluruh warga kerja yang menghasilkan karya ini" - Adam Corrie

PELAKON Adam Corrie mengakui terkilan apabila terdapat penonton yang memilih untuk menunggu filem sejarah Orang Perang ditayangkan menerusi platform penstriman (OTT) berbanding menontonnya di pawagam.

Menurut Adam, pengalaman menonton filem sejarah di layar lebar memberikan kesan berbeza, selain menjadi tanda penghargaan terhadap usaha dan komitmen seluruh tenaga produksi yang menjayakan karya berkenaan.

“Saya akui agak terkilan apabila ada sebilangan penonton yang lebih sanggup menunggu tayangan di platform penstriman (OTT) berbanding menonton di panggung wayang.

“Perasaan dan impak tontonan filem sejarah seperti ini amat berbeza apabila dinikmati di pawagam.

“Saya merayu kepada peminat filem tempatan agar hadir ke panggung dan hargailah titik peluh seluruh warga kerja yang menghasilkan karya ini,” katanya.

Adam berkata, penghasilan filem Orang Perang menuntut komitmen besar daripada seluruh tenaga produksi, termasuk menjalani penggambaran dalam keadaan mencabar di kawasan hutan.

“Penggambaran filem Orang Perang sangat mencabar. Saya sendiri berkampung di dalam hutan Gombak dan Hulu Langat selama 25 hari, manakala kru lain hampir 40 hari hingga ada yang mengalami kecederaan dan demam.

“Filem ini mengangkat kisah perjuangan wira negara yang tidak didendang,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Adam mengakui berdepan cabaran emosi apabila membawakan watak seorang bapa yang membesarkan anak berkeperluan khas dalam drama bersiri 15 episod, Wok 2.

Adam berkata, watak berkenaan memerlukan penghayatan mendalam, terutama dalam memahami emosi serta hubungan antara seorang bapa dengan anak yang mempunyai cara tersendiri dalam menjalani kehidupan.

Menurutnya, drama arahan Eyra Rahman itu menjalani penggambaran di Kuala Lumpur dan Kelantan.

“Dalam drama Wok 2, saya membawakan watak seorang bapa yang membesarkan anak lurus atau lembam mengikut ajaran Islam.

“Walaupun watak saya pada awalnya belum memeluk Islam, namun anak tersebut yang akhirnya mensyahadatkan saya.

“Jujurnya saya gementar kerana watak ini sangat bermain dengan emosi dan emosi anak khas ini bukan mudah untuk difahami,” katanya.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 191 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com