The Step - Every Story Moves You

Penderaan seksual haiwan: ‘Sakit mental bukan alasan lakukan jenayah’ – Dr Hisham

Lelaki berusia 49 tahun yang didakwa memaparkan perbuatan tidak senonoh terhadap seekor kucing, polis memaklumkan penilaian kesihatan mental diperlukan.

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan27 Oktober 2026 pada 06:43 PG1 min bacaanDikemas kini 27 Oktober 2026 pada 06:51 PG
'Kononnya sakit mental, bukan alasan dera seksual haiwan' - Dr Hisham Dzakiria

'Kononnya sakit mental, bukan alasan dera seksual haiwan' - Dr Hisham Dzakiria

DAKWAAN seseorang mengalami masalah kesihatan mental selepas disyaki melakukan perbuatan seksual terhadap haiwan tidak boleh dijadikan alasan atau kesimpulan awal bagi menjelaskan perlakuan berkenaan.

Sebaliknya, penilaian profesional diperlukan bagi mengenal pasti sama ada individu terbabit mempunyai gangguan psikologi atau masalah kawalan impuls yang mungkin mempengaruhi tingkah lakunya.

Pakar terapi emosi, Dr. Hisham Dzakiria, berkata masalah kesihatan mental mempunyai pelbagai bentuk dan tidak semua individu yang mengalaminya mempunyai kecenderungan melakukan keganasan atau penderaan terhadap haiwan.

“Kita perlu membezakan antara seseorang yang mempunyai masalah kesihatan mental dengan seseorang yang melakukan perbuatan yang menyalahi norma dan undang-undang.

“Kedua-duanya tidak boleh disamakan tanpa penilaian profesional. Tidak semestinya individu yang mendera  haiwan secara seksual itu ada masalah mental.

“Dalam bidang psikologi dan psikiatri, tingkah laku seksual terhadap haiwan boleh dikaitkan dengan pelbagai faktor, termasuk corak rangsangan seksual tertentu atau masalah kawalan tingkah laku.

“Bagaimanapun, puncanya berbeza mengikut individu dan tidak boleh ditentukan tanpa pemeriksaan Pakar,” katanya.

Pada masa sama, masalah kesihatan mental tidak secara automatik bermakna seseorang tidak memahami kesalahan perbuatannya atau terlepas daripada tanggungjawab undang-undang.

Dalam kes seorang lelaki berusia 49 tahun yang ditahan di Pasir Puteh, Kelantan, berhubung video tular yang didakwa memaparkan perbuatan tidak senonoh terhadap seekor kucing, polis memaklumkan penilaian kesihatan mental diperlukan.

“Selain itu, kebajikan haiwan yang disyaki menjadi mangsa juga perlu diberikan perhatian, termasuk pemeriksaan veterinar dan perlindungan daripada penderaan berulang,” katanya.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 191 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com