Tuanku Muhriz batal pelantikan Exco Kerajaan Negeri Sembilan serta-merta
Susulan itu Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim perlu mempersembahkan senarai calon Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang baharu.

Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
YANG di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir membatalkan pelantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (Exco) berkuat kuasa serta-merta.
Demikian dinyatakan Pengelola Bijaya Istana Negeri Sembilan, Datuk Azizi Mohamad Ali dalam kenyataan malam tadi dengan keputusan itu dibuat selepas mendapati kesemua Exco berkenaan memungkiri sumpah jawatan mereka.
Susulan itu jelasnya, Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim perlu mempersembahkan senarai calon Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang baharu.
Ini katanya, untuk pertimbangan dan perkenan Tuanku Muhriz mengikut Perkara XXXVIII(2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.
"Menurut Perkara XXXVIII(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, seseorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memegang jawatannya selagi diperkenan Yang di-Pertuan Besar," jelasnya.
Beliau menambah, ahli-ahli berkenaan masing-masing mengangkat sumpah dan menandatangani ikrar taat setia pada 7 Ogos lalu sebelum dilantik ke dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan.
"Mereka telah berikrar taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia dan kepada Institusi Diraja, bersumpah melindungi dan memelihara kedaulatan Perlembagaan Negeri Sembilan serta mengiktiraf kuasa yang terletak pada Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan.
"Mereka telah memungkiri sumpah ini melalui tindakan dan kenyataan mereka pada 15 September. Maka dengan demikian, Duli Yang Maha Mulia telah menarik balik perkenan Baginda dan membatalkan pelantikan mereka sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan, berkuat kuasa serta-merta.
"Setiap individu berkenaan telah dimaklumkan mengenai pembatalan tersebut melalui warkah," katanya.
Tentang Penulis
Dari Penulis

Status tahanan di rumah terhadap Najib: Jabatan Penjara tunggu arahan rasmi
The Step · 20 September 2026 pada 01:41 PTG

“Antara pementasan terbaik” – Perdana Menteri puji karya M. Nasir
The Step · 20 September 2026 pada 07:56 PG

SPRM, media gerak seiring kukuh usaha banteras rasuah
The Step · 19 September 2026 pada 07:56 PTG
Berita berkaitan

Anthony Loke tawar diri letak jawatan menteri
Metra Syahril Mohamed · 19 September 2026 pada 06:47 PTG

UMNO lancar kutipan tabung sumbangan bantu ringankan beban Najib
Metra Syahril Mohamed · 18 September 2026 pada 04:43 PTG

Pas sambut baik hasrat UMNO adakan rundingan terus
Deel Anjer · 18 September 2026 pada 02:12 PTG

Pandangan pengampunan Najib dibuat selepas teliti pendapat bertulis AG – Hannah
The Step · 16 September 2026 pada 11:20 PG


