PU Riz seru umat Islam bersatu pelihara kesucian agama
PU Riz turut menegaskan bahawa Islam mempunyai kedudukan yang tinggi dan tidak seharusnya dipandang rendah oleh mana-mana pihak.


“Kita pelihara agama bersama, jangan biarkan perkara yang ada ini melarat" - PU Riz
PENDAKWAH bebas, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz menyeru umat Islam agar bersatu mempertahankan kesucian agama dan tidak membiarkan perkara berkaitan asas ajaran Islam dipandang ringan.
Menurutnya, sikap membiarkan isu sensitif berkaitan agama berlarutan boleh mengundang kekeliruan dalam masyarakat, sekali gus menyebabkan perkara yang sepatutnya dihormati semakin dipandang remeh.
“Kita pelihara agama bersama, jangan biarkan perkara yang ada ini melarat, insya-Allah. Lama-kelamaan, rosaklah kita apabila perkara yang baik semuanya tidak lagi terlihat,” katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa terdapat perkara yang tidak seharusnya dipermainkan, khususnya berkaitan Allah SWT dan Rasulullah SAW kerana kedua-duanya merupakan asas pegangan serta keimanan setiap Muslim.
Dalam pada itu, PU Riz memetik firman Allah SWT menerusi Surah al-Kafirun, ayat 6, “Lakum dinukum wa liya din” yang bermaksud bagimu agamamu dan bagiku agamaku.
Menurutnya, prinsip berkenaan menjadi peringatan supaya setiap pihak menghormati batas agama dan tidak mencabar sensitiviti kepercayaan orang lain.
PU Riz turut menegaskan bahawa Islam mempunyai kedudukan yang tinggi dan tidak seharusnya dipandang rendah oleh mana-mana pihak.
“Islam ya‘lu wa la yu‘la ‘alayh (Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya). Ini negeri majoriti Islam, tak perlulah sibuk, cukuplah, cukuplah,” katanya.
Beliau berharap masyarakat dapat memainkan peranan bersama dalam mempertahankan kehormatan agama serta mengelakkan sebarang tindakan yang boleh menjejaskan keharmonian.

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Berita berkaitan

Hello Universe realisasikan impian peminat, 130,000 saksi kehebatan My Chemical Romance

‘Ada sebab lagu Pencuri sembilan tahun tersimpan’ - Haiza

Bawa nostalgia emo kembali! MCR buat 62,000 penonton ‘histeria’


