UKM beri amaran scammer cuba perdaya pelajar
Semua pelajar diminta mengambil langkah berjaga-jaga, termasuk tidak mendedahkan maklumat peribadi, nombor kad pengenalan, kata laluan atau butiran perbankan kepada individu tidak dikenali.


UKM mengeluarkan peringatan keselamatan kepada semua pelajarnya berhubung ancaman kegiatan penipuan atau scam
UNIVERSITI Kebangsaan Malaysia (UKM) mengeluarkan peringatan keselamatan kepada semua pelajarnya berhubung ancaman kegiatan penipuan atau scam yang berpotensi menyasarkan warga universiti itu.
Menerusi kenyataan di Facebook, pihak universiti memaklumkan bahawa mereka telah menerima maklumat mengenai ancaman berkenaan.
"Dimaklumkan bahawa pihak universiti telah menerima maklumat berhubung ancaman kegiatan penipuan (scammer) yang berpotensi menyasarkan pelajar UKM," menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, semua pelajar diminta mengambil langkah berjaga-jaga, termasuk tidak mendedahkan maklumat peribadi, nombor kad pengenalan, kata laluan atau butiran perbankan kepada individu tidak dikenali.
Pelajar turut diingatkan supaya tidak membuat sebarang pembayaran ke akaun individu tanpa pengesahan rasmi universiti, selain berwaspada terhadap panggilan telefon, mesej WhatsApp atau pautan mencurigakan daripada pihak yang menyamar sebagai pegawai UKM.
UKM juga meminta pelajar mengesahkan sebarang urusan kewangan menerusi saluran rasmi universiti serta melaporkan segera sebarang cubaan penipuan.
Bagi pelajar yang telah menjadi mangsa penipuan kewangan, mereka diminta menghubungi pihak bank dan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) menerusi talian 997 dengan segera.

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Berita berkaitan

Curi kabel di siang hari di Jalan Tun Razak, polis giat buru kumpulan suspek
Oleh The Step21 November 2026 pada 04:14 PTG
Khoo Poay Tiong akui silap, mohon maaf isu premis tutup Jumaat di Kuala Terengganu

'Saya gesa Poay Tiong hormati sensitiviti umat Islam' – Menteri Agama
Oleh The Step20 November 2026 pada 09:38 PTG

