The Step - Every Story Moves You

Khoo Poay Tiong akui silap, mohon maaf isu premis tutup Jumaat di Kuala Terengganu

Poay Tiong menerima segala teguran dan kritikan dengan hati terbuka serta mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kekhilafan.

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan21 November 2026 pada 07:24 PG1 min bacaanDikemas kini 21 November 2026 pada 03:35 PTG
Poay Tiong menerima segala teguran dan kritikan dengan hati terbuka serta mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kekhilafan.

Poay Tiong menerima segala teguran dan kritikan dengan hati terbuka serta mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kekhilafan.

PENGERUSI DAP Melaka, Khoo Poay Tiong tampil memohon maaf secara terbuka susulan kontroversi kenyataannya yang mempersoalkan arahan penutupan sementara premis perniagaan di Kuala Terengganu selama dua jam setiap Jumaat.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook, Ahli Parlimen Kota Melaka itu mengakui terdapat kelemahan dalam cara beliau menyampaikan pandangan sehingga menimbulkan salah faham, menyinggung perasaan serta mencetuskan keresahan dalam kalangan masyarakat, khususnya umat Islam.

Beliau turut menegaskan bahawa dirinya menghormati agama Islam, amalan solat Jumaat serta hak umat Islam untuk menunaikan tuntutan agama.

"Saya sama sekali tidak berniat untuk mempertikaikan atau memperkecilkan kepentingan ibadah tersebut," katanya.

Menurutnya, sebagai seorang wakil rakyat dan pemimpin, beliau sepatutnya lebih berhati-hati, bertanggungjawab serta sensitif ketika menyuarakan pandangan, terutama apabila membabitkan isu agama dan sensitiviti masyarakat majmuk.

Poay Tiong berkata, beliau menerima segala teguran dan kritikan dengan hati terbuka serta mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kekhilafan dalam penyampaian tersebut.

"Sekali lagi, saya dengan tulus ikhlas memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung atau terluka dengan hantaran saya.

"Saya akan mengambil iktibar daripada perkara ini dan lebih berhati-hati dalam setiap kenyataan pada masa hadapan," katanya.

Terdahulu, Poay Tiong membangkitkan kebimbangan mengenai arahan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang mengarahkan premis perniagaan ditutup antara jam 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang setiap Jumaat bagi memberi laluan kepada umat Islam menunaikan solat Jumaat.

Isu itu turut mendapat perhatian Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman yang menyelar tindakan Poay Tiong kerana mempersoalkan arahan berkenaan.

Young Syefura yang juga wakil DAP berpandangan Poay Tiong tidak sepatutnya mencampuri urusan berkaitan Melayu dan Islam, selain cuba mengatur pentadbiran negeri lain.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 199 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com