Hello Universe realisasikan impian peminat, 130,000 saksi kehebatan My Chemical Romance
Keberanian penganjur itu merealisasikan impian ratusan ribu peminat tempatan akhirnya membuahkan hasil apabila hampir 130,000 penonton membanjiri stadium berkenaan sepanjang 19 dan 20 November, baru-baru ini.


Keberanian penganjur merealisasikan impian ratusan ribu peminat tempatan akhirnya membuahkan hasil apabila hampir 130,000 penonton membanjiri stadium berkenaan sepanjang 19 dan 20 November baru-baru ini. Foto: Goh_Explore
KEJAYAAN membawa kumpulan rock terkenal Amerika Syarikat, My Chemical Romance (MCR), ke Malaysia untuk mengadakan persembahan selama dua malam di Stadium Nasional Bukit Jalil bukan sekadar kejayaan sebuah penganjuran konsert, sebaliknya satu pencapaian yang wajar diberikan penghargaan kepada Hello Universe.
Keberanian penganjur itu merealisasikan impian ratusan ribu peminat tempatan akhirnya membuahkan hasil apabila hampir 130,000 penonton membanjiri stadium berkenaan sepanjang 19 dan 20 November baru-baru ini.

Lebih membanggakan, Kuala Lumpur mencatatkan persembahan terbesar MCR dalam siri jelajah Asia Tenggara kali ini, sekali gus membuktikan Malaysia mempunyai kekuatan pasaran dan kemampuan untuk menjadi destinasi pilihan artis antarabangsa.

Bukan mudah membawa sebuah kumpulan bertaraf dunia seperti MCR ke Malaysia, apatah lagi selepas peminat terpaksa menunggu hampir satu setengah tahun sebelum impian menyaksikan persembahan mereka menjadi kenyataan.
Namun, Hello Universe membuktikan bahawa sebuah impian besar mampu direalisasikan dengan keberanian, komitmen dan kesungguhan meskipun berdepan pelbagai cabaran sepanjang perjalanan penganjuran.
"18 bulan penantian. Dua malam yang tidak akan dilupakan. Persembahan terbesar MCR di Asia Tenggara. Hampir 130,000 peminat. Satu impian yang akhirnya menjadi kenyataan."
Itulah gambaran paling tepat bagi kejayaan yang diraih menerusi penganjuran konsert berkenaan.
Bagi peminat, dua malam tersebut bukan sekadar peluang menyaksikan persembahan secara langsung, tetapi turut menjadi pertemuan semula dengan lagu-lagu yang pernah mewarnai kehidupan dan zaman remaja mereka.
"Terima kasih Hello Universe kerana berani membawa sebuah impian besar kepada peminat Malaysia,” luah seorang netizen dalam media sosial.
Penghargaan itu pastinya menjadi antara perkara paling bermakna buat penganjur yang berjaya menyatukan hampir 130,000 peminat dalam satu pengalaman muzik yang sukar dilupakan.
Kejayaan ini juga diharap membuka lebih banyak peluang kepada Malaysia untuk menerima kehadiran artis dan kumpulan antarabangsa lain pada masa hadapan.
Apa yang membanggakan, di sebalik gemuruh ratusan ribu suara di Stadium Nasional Bukit Jalil, ada usaha sebuah penganjur yang berani mengambil langkah besar demi memenuhi impian peminat.
Foto: goh_explore

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Berita berkaitan

PU Riz seru umat Islam bersatu pelihara kesucian agama

‘Ada sebab lagu Pencuri sembilan tahun tersimpan’ - Haiza

Bawa nostalgia emo kembali! MCR buat 62,000 penonton ‘histeria’


