Wali Dalam Tangisan buka lembaran baharu buat Jazmy Juma, Ezzanie Jasny
Wali Dalam Tangisan mengisahkan Alif dan Suraiya yang merupakan bapa saudara dan anak saudara, namun hanya berbeza usia empat tahun serta membesar bersama sejak kecil.


Jazmy Juma, Ezzanie Jasny dan Haidar Hasanudin teraju utama dalam Wali Dalam Tangisan
Pelakon muda, Jazmy Juma dan Ezzanie Jasny bakal mencipta satu lagi pencapaian dalam kerjaya seni apabila membuat penampilan sulung menerusi siri Viu Original berjudul Wali Dalam Tangisan (Tears Between Us).
Drama romantik kekeluargaan sebanyak 12 episod itu akan mula menemui penonton pada 19 November ini, sekali gus menjadi naskhah penutup barisan penerbitan Viu Original bagi tahun 2026.
Menerusi drama berkenaan, Jazmy memegang watak Alif, manakala Ezzanie membawakan karakter Suraiya. Kedua-duanya bergandingan dalam sebuah kisah yang sarat dengan konflik emosi, cinta terlarang, kesetiaan dan pengorbanan demi keluarga.
Wali Dalam Tangisan mengisahkan Alif dan Suraiya yang merupakan bapa saudara dan anak saudara, namun hanya berbeza usia empat tahun serta membesar bersama sejak kecil.
Hubungan mereka mula berubah apabila Alif memperkenalkan teman wanitanya, Marsya lakonan Syad Mutalib kepada keluarga.
Peristiwa itu mencetuskan kecemburuan Suraiya yang mula menyedari dirinya menyimpan perasaan lebih daripada sekadar kasih sayang terhadap Alif.
Tanpa disedari Suraiya, Alif turut mempunyai perasaan sama tetapi memilih untuk menyembunyikannya bagi menjaga keharmonian keluarga.
Keadaan menjadi semakin rumit selepas kematian mengejut ibu saudara Suraiya yang juga kakak kepada Alif, sekali gus memaksa mereka berdepan dengan perasaan dan dilema yang selama ini cuba dielakkan.
Drama arahan bersama Riza Baharudin dan Jamal Khan itu menampilkan skrip nukilan Liza Nur.
Selain Jazmy dan Ezzanie, naskhah berkenaan turut dibintangi Haidar Hasanudin serta Syad Mutalib.
Menariknya, penyanyi Khai Bahar turut menyumbangkan suara menerusi lagu tema berjudul Cinta Terlarang bagi menghidupkan lagi emosi dan pergolakan perasaan yang menjadi teras penceritaan.
Dalam perkembangan berkaitan, penonton juga boleh menikmati pelbagai kandungan premium Asia menerusi pakej langganan gabungan Viu dan iQIYI International yang baharu dilancarkan pada harga bermula RM19.90 sebulan.

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Berita berkaitan

Hello Universe realisasikan impian peminat, 130,000 saksi kehebatan My Chemical Romance

PU Riz seru umat Islam bersatu pelihara kesucian agama

‘Ada sebab lagu Pencuri sembilan tahun tersimpan’ - Haiza


