The Step - Every Story Moves You

Pierce Brosnan dinobatkan James Bond paling kacak, Robert Pattinson di tempat kelima

Daniel Craig berada di tempat ketiga (81.6 peratus), diikuti Roger Moore (81.4 peratus), Robert Pattinson (80.4 peratus) dan George Lazenby (78.9 peratus).

TS
Oleh The StepPengarang Berita21 November 2026 pada 02:57 PTG2 min bacaanDikemas kini 21 November 2026 pada 03:02 PTG
Daniel Craig antara watak James Bond paling diminati dengan wajahnya yang kacak.

Daniel Craig antara watak James Bond paling diminati dengan wajahnya yang kacak. Instagram Daniel Craig

WATAK James Bond merupakan antara peranan paling diidamkan di Hollywood, dan setakat ini hanya tujuh pelakon pernah membawakan watak ejen perisik ikonik itu.

Kini, selepas Robert Pattinson diumumkan sebagai James Bond terbaharu, seorang pakar bedah wajah mendedahkan kedudukan pelakon itu berbanding pendahulunya dari segi ketampanan wajah.

Menurut laporan Daily Mail, Dr Julian De Silva, pakar bedah kosmetik wajah yang berpangkalan di Harley Street, London, menggunakan kaedah Golden Ratio untuk menilai wajah kesemua tujuh pelakon yang pernah membawa watak James Bond.

Formula matematik yang diperkenalkan oleh masyarakat Yunani purba itu digunakan untuk menentukan 'kesempurnaan fizikal' dengan membandingkan ukuran, nisbah dan simetri wajah.

Berdasarkan analisis Julian, Pierce Brosnan muncul sebagai pelakon James Bond paling kacak, dengan markah 83.6 peratus berdasarkan Golden Ratio.

Ranking pelakon James Bond paling kacak.
Ranking pelakon James Bond paling kacak.

Sebaliknya, Pattinson berada di kedudukan kelima dengan markah 80.4 peratus.

Dalam temu bual bersama Daily Mail, beliau berkata: "Orang ramai masih mengingati Sean Connery sebagai yang terbaik, dan beliau masih berada di kedudukan teratas. Berdasarkan pemetaan ini, Brosnan mendahului, manakala James Bond baharu berada dalam kelompok yang sama, bukannya jauh mengatasi yang lain".

Julian menggunakan teknologi pemetaan wajah berkomputer untuk menilai wajah kesemua tujuh pelakon Bond iaitu Daniel Craig, Pierce Brosnan, Timothy Dalton, Roger Moore, George Lazenby, Sean Connery dan Robert Pattinson.

Brosnan mendahului senarai dengan markah 83.6 peratus berdasarkan Golden Ratio, diikuti rapat Sean Connery dengan 83.3 peratus.

Daniel Craig berada di tempat ketiga (81.6 peratus), diikuti Roger Moore (81.4 peratus), Robert Pattinson (80.4 peratus) dan George Lazenby (78.9 peratus).

Timothy Dalton berada di kedudukan terakhir dengan markah 73.9 peratus.

Bagaimanapun, bagi ukuran ciri wajah tertentu, beberapa pelakon lain mencatatkan markah tertinggi.

Menurut Julian, Brosnan mempunyai ukuran bibir terbaik, Connery pada bahagian dagu, Moore pada hidung, manakala Lazenby unggul dari segi kening dan jarak antara mata.

Craig pula mencatatkan markah tertinggi bagi nisbah mata dengan bibir, manakala Pattinson unggul dari segi bentuk wajah.

Robert Pattinson diumumkan sebagai James Bond baharu pada 16 November lalu selepas berminggu-minggu spekulasi mengenai pelakon yang bakal menggantikan Daniel Craig.

Robert Pattinson diumumkan sebagai James Bond baharu.
Robert Pattinson diumumkan sebagai James Bond baharu. Instagram 007.

Akaun 007 mengumumkan berita itu menerusi Instagram dengan memuat naik gambar pelakon British berusia 40 tahun itu sedang memegang pistol.

Kapsyen pada hantaran itu ringkas: "Robert Pattinson ialah James Bond".

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp

Berita berkaitan

EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com