The Step - Every Story Moves You

‘Saya hanya bayang-bayang, Siti bintang tak pernah padam’... Rozi imbau kisah di sebalik Gema Bumantara

“Gema Bumantara dan Siti Nurhaliza adalah nama yang terukir sebagai simbol kebangkitan seni pertiwi" - Pengurus Siti Nurhaliza, Rozi

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan25 Oktober 2026 pada 05:04 PTG2 min bacaanDikemas kini 25 Oktober 2026 pada 05:35 PTG
Di sebalik kejayaan seorang bintang, terdapat pengurus dan pasukan yang bekerja keras memastikan setiap impian menjadi kenyataan.

Di sebalik kejayaan seorang bintang, terdapat pengurus dan pasukan yang bekerja keras memastikan setiap impian menjadi kenyataan.

DI sebalik gemerlapan pentas dan sorakan ribuan penonton yang membanjiri Konsert Tradisional Gema Bumantara, tersimpan kisah pengorbanan, kepercayaan dan kerja keras individu serta pasukan yang memastikan setiap perancangan menjadi kenyataan.

Pengurus Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Rozi Abd. Razak menyifatkan dirinya sekadar individu di belakang tabir yang mengiringi perjalanan seni penyanyi tersohor itu, sambil menegaskan bahawa segala penghormatan dan tepukan sewajarnya diberikan kepada Siti sebagai bintang utama konsert berkenaan.

Rozi bersama Siti Nurhaliza di belakang pentas Konsert Tradisional Gema Bumantara
Rozi bersama Siti Nurhaliza di belakang pentas Konsert Tradisional Gema Bumantara
Antara orang kuat di sebalik Konsert Tradisional Gema Bumantara
Antara orang kuat di sebalik Konsert Tradisional Gema Bumantara

Menerusi luahan yang dikongsikan, Rozi menyifatkan kejayaan konsert yang berlangsung pada 17 Oktober lalu itu sebagai hasil kepercayaan dan kerjasama, dengan Siti menjadi peneraju utama dalam menentukan hala tuju persembahan berkenaan.

“Saya hanya bayang-bayang yang mengiringi cemerlang langkahnya, menyusun tanggungjawab daripada keindahan sanubarinya.

“Maka gemuruh tepukan ini, adalah buat bintangnya, Dato' Sri Siti Nurhaliza,” luahnya.

Menurut Rozi, idea untuk menganjurkan konsert berkenaan sudah terbit ketika judul album Gema Bumantara dipilih, apabila beliau membayangkan sebuah persembahan yang bukan sekadar megah, malah membawa makna besar dalam usaha meneruskan warisan seni tradisional negara.

Katanya, perjalanan merealisasikan konsert itu melibatkan pelbagai peringkat, bermula daripada penyediaan kertas kerja, penetapan tarikh jualan tiket dan perancangan promosi, sehinggalah kepada sesi latihan menjelang hari persembahan.

Di sebalik kejayaan seorang bintang, terdapat pengurus dan pasukan yang bekerja keras memastikan setiap impian menjadi kenyataan.

Bagaimanapun, Rozi mengakui dirinya tidak pernah bergerak sendirian dalam menjayakan perancangan berkenaan, sebaliknya keputusan utama dan hala tuju konsert tetap berada di tangan Siti selaku peneraju.

Mengimbau persembahan penyanyi itu di atas pentas, Rozi menyifatkan Siti bukan sekadar tampil dengan kehebatan vokal, tetapi turut memberikan sepenuh jiwa dan raganya demi memastikan persembahan tersebut meninggalkan kesan mendalam kepada penonton.

“Gema Bumantara dan Siti Nurhaliza adalah nama yang terukir sebagai simbol kebangkitan seni pertiwi.

“Di mana Gema Bumantara menjadi takhtanya dan Siti Nurhaliza adalah bintang yang memberi sinar abadi tanpa pernah padam,” katanya.

Dalam pada itu, Rozi turut menyentuh sisi kehidupan mereka di belakang pentas yang disifatkannya sebagai dua insan biasa, namun berkongsi keyakinan bahawa setiap impian memerlukan keberanian untuk direalisasikan.

“Jangan pernah ragu, kerana tatkala malam berlabuh dan muzik berhenti, hanya kemewahan karya dan keindahan hasil yang membalas segala pengorbanan,” katanya.

Konsert Tradisional Gema Bumantara yang berlangsung pada 17 Oktober lalu menyaksikan Siti terus mengangkat seni muzik tradisional ke pentas berskala besar.

Dalam ruangan komen, apa yang dapat disimpulkan, di sebalik kejayaan seorang bintang, terdapat pengurus dan pasukan yang bekerja keras memastikan setiap impian menjadi kenyataan.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 191 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com