Dayang dan Hael sudah berkahwin?
Majlis akad nikah mereka dikatakan berlangsung pada Jun lalu, sebelum majlis resepsi diadakan di ibu kota pada Julai.

Dayang dan Hael sudah berkahwin?
KEMUNCULAN sekeping foto Dayang Nurfaizah mengenakan busana putih persis pengantin kembali mencetuskan tanda tanya mengenai status hubungannya dengan penyanyi Hael Husaini, sekali gus menghangatkan spekulasi kononnya pasangan itu sudah mendirikan rumah tangga.
Foto berkenaan memaparkan Dayang atau nama lengkapnya Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 45, memegang sejambak bunga tangan sambil dipercayai duduk di atas pelamin.
Menurut laporan Kosmo, majlis akad nikah mereka dikatakan berlangsung pada Jun lalu, sebelum majlis resepsi diadakan di ibu kota pada Julai.
Spekulasi itu turut diperkatakan susulan penularan sebuah video yang memaparkan Hael dan Dayang bertemu dengan selebriti Korea Selatan, Lee Jun-ho, baru-baru ini.
Rakaman tersebut mengundang perhatian apabila segelintir netizen mendakwa gerakan bibir Hael seolah-olah menyebut frasa ‘my wife’ ketika merujuk kepada Dayang.
Bagaimanapun, dakwaan mengenai perkahwinan penyanyi terkenal itu masih belum dapat dipastikan.
Sebelum ini, khabar angin mengenai hubungan mereka bukan sahaja mencetuskan spekulasi perkahwinan, malah turut dikaitkan dengan dakwaan bahawa kedua-duanya sudah bertunang.
Terdahulu, Dayang memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan berkenaan.
Penyanyi itu juga pernah menafikan wujudnya sebarang tarikh istimewa yang ditetapkan bagi majlis perkahwinan seperti yang diperkatakan, sekali gus membuatkan status sebenar hubungan mereka terus menjadi perhatian peminat.
Berita berkaitan

Lee Junho curi perhatian di Cuckootopia, Cuckoo perkenal inovasi kediaman sihat

Adam Corrie terkilan penonton tunggu OTT, tidak sokong Orang Perang di pawagam

KWSP, PERKESO dan solat Jumaat wajib dijaga, Adam Corrie tidak kompromi hak pekerja


