Dr Sam cadang Hab Kewangan Islam SG4, mahu agihan pembangunan lebih adil
Inisiatif itu bertujuan memastikan peruntukan pembangunan diagihkan secara lebih telus dan konsisten tanpa dipengaruhi sentimen politik.

'Pertumbuhan ekonomi tidak bermakna sepenuhnya sekiranya rakyat masih terbeban dengan kos sewa rumah, makanan dan pengangkutan, manakala graduan muda pula sukar mendapatkan pekerjaan' - Dr Sam
Gabungan empat negeri di bawah SG4 dicadangkan menubuhkan Hab Kewangan Islam bagi menghubungkan modal patuh syariah dengan projek tenaga, infrastruktur dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), selain memperkenalkan formula penyamaan fiskal serta pembangunan antara negeri.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, inisiatif itu bertujuan memastikan peruntukan pembangunan diagihkan secara lebih telus dan konsisten tanpa dipengaruhi sentimen politik.
Beliau yang juga dikenali sebagai Dr Sam juga berkata, pendekatan itu penting bagi memperkukuh kerjasama ekonomi antara Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis, sekali gus memastikan manfaat pembangunan dinikmati rakyat secara menyeluruh.
"Kota Rom tidak dibina dalam sehari. Namun, melalui kerjasama yang ikhlas dan praktikal, saya yakin SG4 mampu membantu membina Malaysia yang lebih adil dan lebih kuat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Forum Perniagaan dan Ekonomi SG4 2026 di Kuala Lumpur Convention Centre, hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor; Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud; dan Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah.
Dr Sam berkata, kejayaan ekonomi negara tidak seharusnya diukur berdasarkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), pelaburan dan eksport semata-mata, sebaliknya perlu mengambil kira kos sara hidup serta peluang pekerjaan.
Menurutnya, pertumbuhan ekonomi tidak bermakna sepenuhnya sekiranya rakyat masih terbeban dengan kos sewa rumah, makanan dan pengangkutan, manakala graduan muda pula sukar mendapatkan pekerjaan.
Beliau menegaskan kepentingan prinsip keadilan dan keupayaan dalam pembangunan negara, termasuk memastikan setiap komuniti dan generasi mendapat peluang menikmati kemajuan serta disokong institusi kukuh, tenaga kerja mahir, infrastruktur dan akses pembiayaan.
Dalam pada itu, Dr Sam yakin SG4 berpotensi menjadi antara enjin pertumbuhan ekonomi serantau berdasarkan kekuatan setiap negeri, termasuk industri minyak, gas dan maritim di Terengganu serta sektor pertanian dan industri halal di Kelantan.
Katanya, Kedah pula mempunyai kelebihan dalam industri semikonduktor, manakala Perlis berpotensi memanfaatkan perdagangan rentas sempadan dan tenaga boleh baharu.
Beliau turut berkata kira-kira 70 peratus sumber nadir bumi negara terletak di rantau berkenaan, sekali gus membuka peluang membangunkan industri hiliran bernilai tinggi dan bukan sekadar mengeksport bahan mentah.
Berita berkaitan

467 ditahan libatkan kesalahan penyeludupan, ketirisan barangan kawalan
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 10:57 PG
TH ambil langkah kesan aliran wang, pindahan bank Al-Rawda
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 09:33 PG
Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM


