The Step - Every Story Moves You

Usaha perkukuh struktur liga, tingkat prestasi bola sepak Malaysia

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut memberi tumpuan kepada tiga langkah strategik utama, iaitu reformasi tadbir urus dan audit prosedur pemain bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan FIFA dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Metra Syahril Mohamed
Oleh Metra Syahril MohamedKetua Pengarang The Step20 Oktober 2026 pada 09:30 PG1 min bacaanDikemas kini 20 Oktober 2026 pada 09:32 PG
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan terus menyokong usaha pembangunan bola sepak negara dengan mengambil kira prinsip autonomi FAM.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan terus menyokong usaha pembangunan bola sepak negara dengan mengambil kira prinsip autonomi FAM. Malaysian Football League.

HALA tuju pembangunan bola sepak negara memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh struktur liga serta meningkatkan prestasi bola sepak Malaysia di peringkat Asia dan antarabangsa menjelang 2030.

Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari berkata, ia merupakan perancangan dan langkah strategik bagi memperkukuh semula kedudukan serta prestasi pasukan bola sepak kebangsaan susulan isu berkaitan pemain naturalisasi dan pemain warisan.

Menurut beliau, pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut memberi tumpuan kepada tiga langkah strategik utama, iaitu reformasi tadbir urus dan audit prosedur pemain bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan FIFA dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

"Selain itu, menyediakan pelan pemulihan skuad kebangsaan dan peningkatan prestasi melalui pemilihan pemain berdasarkan prestasi dan kelayakan yang sah serta perancangan perlawanan antarabangsa yang lebih berfokus, dan pemantapan ekosistem liga tempatan," jelasnya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Zakri Hassan (PN-Kangar) mengenai perancangan dan langkah strategik FAM untuk mengembalikan semula reputasi dan ranking pasukan negara susulan isu pemain naturalisasi sebelum ini.

Dr. Mohammed Taufiq berkata, usaha pembangunan bola sepak negara turut memberi penekanan kepada peningkatan mutu pertandingan, pembangunan kelab dan penstrukturan kejohanan peringkat umur.

Selain itu jelasnya, pemantapan sistem pelesenan kelab dan pendidikan serta pelesenan jurulatih penting bagi memastikan pembangunan bakat tempatan dapat dilaksanakan secara sistematik dan berterusan, dari peringkat akar umbi hingga ke tahap profesional.

"Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan terus menyokong usaha pembangunan bola sepak negara dengan mengambil kira prinsip autonomi FAM.

"Kerjasama berterusan semua pihak berkepentingan dalam memperkukuh pembangunan pemain, meningkatkan kualiti pertandingan dan memantapkan tadbir urus diharap dapat menyumbang kepada peningkatan prestasi serta daya saing pasukan kebangsaan di peringkat antarabangsa," katanya.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Metra Syahril MohamedKetua Pengarang The Step, The Step | 86 siaran

Penulis merupakan Ketua Pengarang The Step. Berpengalaman dalam penulisan berita lebih 20 tahun khususnya berkaitan misi kemanusiaan, rencana dan hal ehwal semasa. Penulis juga merupakan calon angkasawan ketika proses pemilihan angkasawan negara. Pernah menyertai misi kemanusiaan di Somalia dan Syria, mendekati cerita-cerita mangsa perang dan konflik kemanusiaan. Penulis juga pernah menyertai misi kemanusiaan di Lubnan bersama pasukan MALBATT.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

Pelakon popular tanah air, Nabila Huda, hadir memeriahkan Jelajah Promosi Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14.
Sukan

MASOC 2027 mulakan jelajah dekatkan Sukan SEA, Para ASEAN kepada rakyat

Oleh Metra Syahril Mohamed24 Oktober 2026 pada 11:14 PTG
Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia yang dilaksanakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 2 hingga 4 Oktober 2026 mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
Sukan

Penganjuran F1 di Malaysia? SIC laksanakan penilaian kos-faedah

Oleh Metra Syahril Mohamed14 Oktober 2026 pada 07:15 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com