The Step - Every Story Moves You

‘Tahniah Latif Romly, raih emas keempat berturut-turut’ - Anwar

Anwar menyifatkan semangat dan kesungguhan Latif sebagai sesuatu yang membanggakan seluruh rakyat Malaysia

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan21 Oktober 2026 pada 01:16 PTG1 min bacaanDikemas kini 21 Oktober 2026 pada 01:23 PTG
Anwar menyifatkan semangat dan kesungguhan Latif sebagai sesuatu yang membanggakan seluruh rakyat Malaysia

Anwar menyifatkan semangat dan kesungguhan Latif sebagai sesuatu yang membanggakan seluruh rakyat Malaysia

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Datuk Abdul Latif Romly selepas atlet para negara itu meraih pingat emas acara lompat jauh T20 lelaki pada Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata kejayaan itu menyaksikan Malaysia meraih pingat emas ketiga, selain pencapaian membanggakan Latif yang mengekalkan kejuaraan buat kali keempat berturut-turut.

Beliau turut memuji semangat juang atlet berkenaan yang tetap memberikan persembahan terbaik meskipun berada dalam keadaan kurang sihat.

Anwar menyifatkan semangat dan kesungguhan Latif sebagai sesuatu yang membanggakan seluruh rakyat Malaysia.

Pada masa sama, beliau menyeru atlet negara lain supaya terus berjuang, kekal fokus dan memberikan prestasi terbaik bagi melakar kejayaan serta mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 191 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

Pelakon popular tanah air, Nabila Huda, hadir memeriahkan Jelajah Promosi Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14.
Sukan

MASOC 2027 mulakan jelajah dekatkan Sukan SEA, Para ASEAN kepada rakyat

Oleh Metra Syahril Mohamed24 Oktober 2026 pada 11:14 PTG
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan terus menyokong usaha pembangunan bola sepak negara dengan mengambil kira prinsip autonomi FAM.
Sukan

Usaha perkukuh struktur liga, tingkat prestasi bola sepak Malaysia

Oleh Metra Syahril Mohamed20 Oktober 2026 pada 09:30 PG
Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia yang dilaksanakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 2 hingga 4 Oktober 2026 mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
Sukan

Penganjuran F1 di Malaysia? SIC laksanakan penilaian kos-faedah

Oleh Metra Syahril Mohamed14 Oktober 2026 pada 07:15 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com