‘Pengalaman menyeronokkan, luar bidang sukan’ - Azizulhasni Awang
Pengalaman pertama menjadi penyampai anugerah, lebih istimewa apabila dapat berkongsi pentas dengan Ahmad Fedtri Yahya dan Ngai Yuen


'Pengalaman pertama menjadi penyampai anugerah, lebih istimewa apabila dapat berkongsi pentas dengan Ahmad Fedtri Yahya dan Ngai Yuen' - Azizulhasni Awang Foto: Facebook Azizulhasni Awang
JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, menganggap peluang menjadi penyampai anugerah pada Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2026 sebagai satu pengalaman baharu yang menyeronokkan dalam perjalanan kariernya.
Azizulhasni berkata, beliau teruja apabila diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab itu buat kali pertama, sekali gus membuka peluang untuk mencuba sesuatu yang berbeza di luar arena sukan.
“Another achievement unlocked! Jadi penyampai anugerah pula.
“Terima kasih RTM atas jemputan ke Anugerah Seri Angkasa 2026.
“Pengalaman pertama menjadi penyampai anugerah, lebih istimewa apabila dapat berkongsi pentas dengan Ahmad Fedtri Yahya dan Ngai Yuen,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.
Lebih mencuit hati, atlet yang dikenali sebagai The Pocket Rocketman itu turut berkongsi gelagatnya ketika berinteraksi dengan Fedtri sehingga mencetuskan suasana spontan di pentas.
“Sempat juga buat kejutan dengan menjual pantun kepada Fedtri, tapi dia spontan membayarnya!
“Satu pengalaman baharu yang menyeronokkan luar bidang sukan,” katanya.
Dalam perkongsian sama, Azizulhasni turut mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan calon ASA 2026 yang diraikan menerusi acara berkenaan.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada CIMB Malaysia atas tajaan serta sokongan dalam meraikan bakat industri penyiaran negara.
Tidak ketinggalan, Azizulhasni mengucapkan tahniah kepada Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, serta Ketua Pengarah Penyiaran merangkap Ketua Pegawai Eksekutif RTM, Ashwad Ismail, atas penganjuran acara berkenaan.

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Berita berkaitan

MASOC 2027 mulakan jelajah dekatkan Sukan SEA, Para ASEAN kepada rakyat

‘Tahniah Latif Romly, raih emas keempat berturut-turut’ - Anwar

Usaha perkukuh struktur liga, tingkat prestasi bola sepak Malaysia


