SUKMA 2028: Menteri KBS disaran kerap turun Kelantan, hargai usaha kerajaan
Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah usaha menaik taraf Mini Stadium Pasir Mas supaya kemudahan berkenaan dapat dimanfaatkan dalam ekosistem penganjuran SUKMA Kelantan 2028.


Ahmad Fadhli Shaari berkata, pemantauan secara langsung di lapangan penting bagi memastikan segala persiapan, termasuk kerja menaik taraf kemudahan sukan, berjalan seperti yang dirancang.
Menteri Belia dan Sukan disaran supaya lebih kerap turun padang ke Kelantan bagi memantau persiapan negeri itu sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) 2028.
Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pemantauan secara langsung di lapangan penting bagi memastikan segala persiapan, termasuk kerja menaik taraf kemudahan sukan, berjalan seperti yang dirancang.
Beliau berkata, antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah usaha menaik taraf Mini Stadium Pasir Mas supaya kemudahan berkenaan dapat dimanfaatkan dalam ekosistem penganjuran SUKMA Kelantan 2028.
“Saya berharap Menteri dapat kerap turun ke Kelantan bagi memantau persiapan, termasuk memastikan Mini Stadium Pasir Mas dinaik taraf dan dimanfaatkan dalam ekosistem SUKMA 2028,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Pembangunan Sukan (Pindaan) 2026 di Dewan Rakyat, semalam.
Pada masa sama, Ahmad Fadhli menzahirkan penghargaan terhadap komitmen Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam memastikan penganjuran SUKMA Kelantan 2028 dapat dilaksanakan dengan baik.
Katanya, perhatian berterusan daripada KBS bukan sahaja penting dari aspek kelancaran penganjuran temasya berkenaan, malah bagi memastikan kemudahan sukan di negeri itu dapat dimanfaatkan secara optimum untuk jangka panjang.

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Berita berkaitan

467 ditahan libatkan kesalahan penyeludupan, ketirisan barangan kawalan
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 10:57 PG
TH ambil langkah kesan aliran wang, pindahan bank Al-Rawda
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 09:33 PG
Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM


