The Step - Every Story Moves You

Semarak Sukan SEA 2027 jelajah Pantai Timur

Jelajah tersebut merupakan sebahagian daripada usaha memperluas kesedaran masyarakat mengenai penganjuran temasya sukan terbesar Asia Tenggara itu.

TS
Oleh The StepPengarang Berita19 November 2026 pada 02:07 PTG1 min bacaanDikemas kini 20 November 2026 pada 07:12 PG
Jelajah Promosi @Pantai Timur sempena sambutan Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14, Malaysia 2027 bakal dibawa ke Pantai Timur.

Jelajah Promosi @Pantai Timur sempena sambutan Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14, Malaysia 2027 bakal dibawa ke Pantai Timur.

SEMANGAT menyemarakkan sambutan Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14, Malaysia 2027 bakal dibawa ke Pantai Timur menerusi program Jelajah Promosi @Pantai Timur.

Menurut Sekretariat Malaysia SEA Games Organising Committee (MASOC) 2027, ia melibatkan negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan pada 20 hingga 23 November ini.

Jelasnya, jelajah tersebut merupakan sebahagian daripada usaha memperluas kesedaran masyarakat mengenai penganjuran temasya sukan terbesar Asia Tenggara itu, selain mengajak rakyat untuk bersama-sama menyokong dan menjadi sebahagian daripada perjalanan Malaysia sebagai tuan rumah pada 2027.

"Program berkenaan turut membuka ruang kepada rakan media di ketiga-tiga negeri untuk mendapatkan maklumat, menyaksikan aktiviti promosi secara langsung serta membuat liputan bagi menyampaikan mesej dan kemeriahan jelajah kepada masyarakat setempat," jelasnya dalam kenyataan.

Jadual Jelajah Promosi @Pantai Timur.
Jadual Jelajah Promosi @Pantai Timur.

MASOC 2027 memberitahu, pelbagai lokasi tumpuan awam akan menjadi persinggahan jelajah ini, termasuk kawasan rekreasi, pantai, pusat komuniti, institusi pendidikan dan lokasi ikonik yang dijangka menarik perhatian orang ramai.

"Rakan media dijemput untuk bersama-sama membuat liputan dan menyokong usaha menyebarluaskan semangat Raikan Perpaduan menjelang Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14, Malaysia 2027," katanya.

Katanya, Malaysia bersedia menyambut kehadiran atlet terbaik rantau ASEAN pada 2027, dan perjalanan menuju temasya itu bermula dengan sokongan serta penglibatan seluruh rakyat.

"Jom bersama-sama menyemarakkan Jelajah Promosi @Pantai Timur dan menyebarkan semangat Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14, Malaysia 2027," jelasnya.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp

Berita berkaitan

Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari menziarahi Muhammad Hafizuddin Roslin di HKL.
Sukan

Kerajaan tanggung kos rawatan, perubatan Hafizuddin

Oleh Metra Syahril Mohamed18 November 2026 pada 11:39 PG
Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari.
Sukan

LA 2028: KBS perkukuh persediaan atlet, buru pingat emas pertama

Oleh Metra Syahril Mohamed18 November 2026 pada 06:55 PG
Pelakon popular tanah air, Nabila Huda, hadir memeriahkan Jelajah Promosi Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14.
Sukan

MASOC 2027 mulakan jelajah dekatkan Sukan SEA, Para ASEAN kepada rakyat

Oleh Metra Syahril Mohamed24 Oktober 2026 pada 11:14 PTG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com