The Step - Every Story Moves You

LA 2028: KBS perkukuh persediaan atlet, buru pingat emas pertama

Bagi tahun ini, penanda aras yang ditetapkan adalah berada dalam kelompok lapan terbaik dunia, sebelum mencapai kelompok empat terbaik dunia bagi tahun 2027 dan 2028.

Metra Syahril Mohamed
Oleh Metra Syahril MohamedKetua Pengarang The Step18 November 2026 pada 06:55 PG3 min bacaanDikemas kini 18 November 2026 pada 11:42 PG
Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari.

Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari.

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) melalui Majlis Sukan Negara (MSN) bersama Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) terus memperkukuh persediaan atlet negara bagi menghadapi Temasya Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA 2028), dengan matlamat memburu pingat emas pertama negara di temasya berkenaan.

Menterinya, Dr. Mohammed Taufiq Johari berkata, untuk itu pada masa ini program Road to Gold (RTG) melibatkan seramai 15 orang atlet daripada sukan badminton, angkat berat, berbasikal trek dan skuasy.

Selain itu jelas beliau, program Fast Track melibatkan seramai empat orang atlet daripada sukan berbasikal trek dan memanah.

"Prestasi atlet di bawah program RTG dinilai setiap enam bulan oleh Jawatankuasa RTG berdasarkan kriteria yang ditetapkan, termasuk kedudukan ranking dunia dan prestasi semasa.

"Bagi tahun ini, penanda aras yang ditetapkan adalah berada dalam kelompok lapan terbaik dunia, sebelum mencapai kelompok empat terbaik dunia bagi tahun 2027 dan 2028," jelasnya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) mengenai pencapaian dan status semasa atlet negara di bawah program Road to Gold (RTG) dan Fast Track dalam persediaan menghadapi Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Dari aspek pencapaian katanya, pada tahun ini, atlet-atlet di bawah program RTG telah melakar kejayaan cemerlang di peringkat antarabangsa.

Antara pencapaian yang berjaya diraih adalah:

a. Badminton

i. pasangan beregu lelaki badminton Aaron Chia dan Soh Wooi Yik telah meraih pingat perak pada Kejohanan Dunia BWF 2026 serta naib juara di Terbuka Malaysia dan All England 2026. Mereka kini berada dalam kelompok empat terbaik dunia;ii. Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani memenangi tiga kejohanan bertaraf World Tour dan muncul naib juara dalam satu lagi kejohanan World Tour pada tahun 2026; dan

iii. Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan meraih pingat gangsa di Temasya Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 dan merangkul gelaran juara Terbuka Denmark 2026.

b. Angkat Berat

Mohd Aniq Kasdan dan Muhammad Aznil Bidin telah memenangi pingat emas di Temasya Sukan Komanwel Glasgow 2026.

c. Berbasikal-Trek

i. Muhammad Shah Firdaus Sahrom menduduki tempat ke-7 dalam acara Keirin di Temasya Sukan Komanwel Glasgow 2026; dan

ii. Nurul Izzah Izzati telah menduduki tempat ke-4 dalam acara sprint di Temasya Sukan Komanwel Glasgow 2026, selain meraih dua pingat iaitu pingat perak dalam acara sprint berpasukan dan pingat gangsa dalam acara keirin di Temasya Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

d. Skuasy

i. Sivasangari Subramaniam telah meraih pingat emas dalam acara perseorangan wanita dan berpasukan wanita di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026. Beliau turut mencatat pencapaian membanggakan apabila berada dalam kelompok 4 pemain terbaik dunia apabila mara ke separuh akhir Kejohanan Diamond buat kali pertama menerusi penyertaannya dalam CIB Egyptian Open 2026. Selain itu, beliau turut menjuarai kejohanan Grasshopper Cup 2026; dan

ii. Ng Eain Yow meraih pingat emas acara perseorangan lelaki dan berpasukan lelaki di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

e. Memanah

Ariana Nur Dania, Syaqiera Mashayikh dan Ku Nurin Afiqah Ku Ruzaini masih dalam fasa pembangunan dan pemantauan prestasi.

Dr. Mohammed Taufiq berkata, tahun 2027 merupakan tempoh penting kerana proses kelayakan ke Temasya Sukan Olimpik LA 2028 akan bermula bagi sukan yang berkaitan.

"KBS melalui MSN akan terus memantau prestasi atlet, menilai keperluan sokongan dan memperkukuh persediaan atlet berpotensi bagi meningkatkan peluang negara mencapai kejayaan negara di LA 2028," katanya.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Metra Syahril MohamedKetua Pengarang The Step, The Step | 102 siaran

Penulis merupakan Ketua Pengarang The Step. Berpengalaman dalam penulisan berita lebih 20 tahun khususnya berkaitan misi kemanusiaan, rencana dan hal ehwal semasa. Penulis juga merupakan calon angkasawan ketika proses pemilihan angkasawan negara. Pernah menyertai misi kemanusiaan di Somalia dan Syria, mendekati cerita-cerita mangsa perang dan konflik kemanusiaan. Penulis juga pernah menyertai misi kemanusiaan di Lubnan bersama pasukan MALBATT.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

Jelajah Promosi @Pantai Timur sempena sambutan Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14, Malaysia 2027 bakal dibawa ke Pantai Timur.
Sukan

Semarak Sukan SEA 2027 jelajah Pantai Timur

Oleh The Step19 November 2026 pada 02:07 PTG
Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari menziarahi Muhammad Hafizuddin Roslin di HKL.
Sukan

Kerajaan tanggung kos rawatan, perubatan Hafizuddin

Oleh Metra Syahril Mohamed18 November 2026 pada 11:39 PG
Pelakon popular tanah air, Nabila Huda, hadir memeriahkan Jelajah Promosi Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14.
Sukan

MASOC 2027 mulakan jelajah dekatkan Sukan SEA, Para ASEAN kepada rakyat

Oleh Metra Syahril Mohamed24 Oktober 2026 pada 11:14 PTG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com