The Step - Every Story Moves You

Penipuan, pengubahan wang haram: Warga China dikehendaki NCS ditahan

Maklumat yang diterima dan disiasat SPRM adalah berkaitan dakwaan suspek memberi wang rasuah kepada pegawai penguat kuasa sebagai balasan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan ke atasnya berkaitan kes penipuan dan pengubahan wang haram.

Metra Syahril Mohamed
Oleh Metra Syahril MohamedKetua Pengarang The Step20 November 2026 pada 09:08 PG1 min bacaanDikemas kini 20 November 2026 pada 05:32 PTG
Lelaki warga China yang dikehendaki NCS ditahan Selasa lalu sebelum diserahkan kepada Kedutaan China di Kuala Lumpur.

Lelaki warga China yang dikehendaki NCS ditahan Selasa lalu sebelum diserahkan kepada Kedutaan China di Kuala Lumpur.

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya menahan seorang lelaki warga China yang dikehendaki pihak berkuasa negara tersebut, Selasa lalu, sebelum menyerahkannya kepada Kedutaan China di Kuala Lumpur, semalam.

Tindakan itu dilakukan menerusi kerjasama rentas agensi antarabangsa, National Commission of Supervision of the People's Republic of China (NCS).

Menurut SPRM, suspek berusia lingkungan 50-an yang bekerja sendiri itu ditahan pada 17 November lalu kira-kira pukul 9 malam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Maklumat yang diterima dan disiasat SPRM adalah berkaitan dakwaan suspek memberi wang rasuah kepada pegawai penguat kuasa sebagai balasan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan ke atasnya berkaitan kes penipuan dan pengubahan wang haram.

Pada masa yang sama, semakan mendapati suspek turut berada dalam senarai individu dikehendaki NCS selain pasport miliknya telah dibatalkan kerajaan China.

Sehubungan itu, SPRM telah merujuk kes tersebut kepada Jabatan Imigresen serta Kedutaan China sebelum suspek diserahkan semalam untuk tindakan lanjut.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Metra Syahril MohamedKetua Pengarang The Step, The Step | 102 siaran

Penulis merupakan Ketua Pengarang The Step. Berpengalaman dalam penulisan berita lebih 20 tahun khususnya berkaitan misi kemanusiaan, rencana dan hal ehwal semasa. Penulis juga merupakan calon angkasawan ketika proses pemilihan angkasawan negara. Pernah menyertai misi kemanusiaan di Somalia dan Syria, mendekati cerita-cerita mangsa perang dan konflik kemanusiaan. Penulis juga pernah menyertai misi kemanusiaan di Lubnan bersama pasukan MALBATT.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com