The Step - Every Story Moves You

2,950 kes pembakaran terbuka direkodkan, 14 kebakaran berskala besar dikesan

Status setiap kes ditentukan berdasarkan pemeriksaan, hasil siasatan, bidang kuasa dan bukti yang diperoleh sebelum tindakan penguatkuasaan yang bersesuaian diambil.

Metra Syahril Mohamed
Oleh Metra Syahril MohamedKetua Pengarang The Step20 November 2026 pada 07:10 PG2 min bacaanDikemas kini 20 November 2026 pada 05:33 PTG
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup.

SEBANYAK 2,950 kes pembakaran terbuka dikesan di seluruh negara oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS), bagi tempoh 3 Ogos sehingga 31 Oktober lalu.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, status setiap kes ditentukan berdasarkan pemeriksaan, hasil siasatan, bidang kuasa dan bukti yang diperoleh sebelum tindakan penguatkuasaan yang bersesuaian diambil.

Daripada jumlah tersebut katanya, sebanyak 4,326 tindakan yang dilaksanakan meliputi 2,950 tindakan pemantauan, 261 Field Citations, 49 Notis Arahan, 10 tindakan mahkamah, 1,020 kes dirujuk kepada agensi lain untuk tindakan lanjut, 20 tawaran kompaun dan 16 carian hak milik tanah dan bagi membantu proses siasatan serta tindakan melengkapkan kertas siasatan.

"Sejak Ogos lalu, terdapat 14 kebakaran berskala besar yang berlaku di dalam negara iaitu 10 kebakaran di Sarawak dan empat kebakaran di Johor yang telah padam sepenuhnya.

"Sejak semua kebakaran padam sepenuhnya pada 16 September lepas, tiada kebakaran berskala besar baharu yang dilaporkan berlaku di dalam negara," jelasnya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Datuk Verdon Bahanda (Bebas-Kudat) mengenai jumlah kes pembakaran terbuka yang dikesan, disiasat dan dikenakan tindakan sejak Ogos 2026, serta apakah langkah penguatkuasaan tambahan yang dilaksanakan di kawasan berisiko tinggi bagi mencegah kejadian berulang.

Arthur memberitahu, bagi kawasan berisiko tinggi, JAS telah memperkukuh Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) melalui rondaan dan pemeriksaan berfokus di kawasan pertanian, tanah gambut, ladang, tapak pelupusan sampah serta lokasi lain yang dikenal pasti berisiko terbakar.

Jelas beliau, titik panas yang dikesan melalui satelit turut disemak dan disahkan di lapangan bagi menentukan kejadian kebakaran sebenar dan keperluan tindakan lanjut.

"Susulan keadaan jerebu yang serius di Sarawak pada awal September lalu, operasi pemantauan telah dipertingkatkan di kawasan tanah gambut, hutan, tapak pelupusan sampah dan kawasan pertanian.

"Kerajaan juga menegaskan bahawa tiada kompromi terhadap sebarang aktiviti pembakaran terbuka yang berpunca daripada kegiatan manusia, khususnya yang berpotensi menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara," katanya.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Metra Syahril MohamedKetua Pengarang The Step, The Step | 102 siaran

Penulis merupakan Ketua Pengarang The Step. Berpengalaman dalam penulisan berita lebih 20 tahun khususnya berkaitan misi kemanusiaan, rencana dan hal ehwal semasa. Penulis juga merupakan calon angkasawan ketika proses pemilihan angkasawan negara. Pernah menyertai misi kemanusiaan di Somalia dan Syria, mendekati cerita-cerita mangsa perang dan konflik kemanusiaan. Penulis juga pernah menyertai misi kemanusiaan di Lubnan bersama pasukan MALBATT.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com