The Step - Every Story Moves You

Prestasi bagus tapi cuma dapat Timbalan Exco?: 'Nak komen apa? Saya ok je'

Popular di media sosial, terutama di TikTok, dengan dukungan padu dua insan yang kini amat dikenali ramai iaitu 'Uncle Wong' dan 'Dak Nor'.

Metra Syahril Mohamed
Oleh Metra Syahril MohamedKetua Pengarang The Step20 November 2026 pada 03:17 PTG2 min bacaanDikemas kini 21 November 2026 pada 03:34 PTG
Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Haleem.

Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Haleem.

MEMPEROLEH majoriti undi yang cukup besar, daripada hanya 200 melonjak kepada 10,040 undi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 baru-baru ini, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Haleem dilihat ramai orang punyai magis tersendiri dalam dunia politik.

Popular di media sosial, terutama di TikTok, dengan dukungan padu dua insan yang kini amat dikenali ramai iaitu 'Uncle Wong' dan 'Dak Nor'.

Beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Sabtu lalu, menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Poo Long Suan, yang juga Ahli Jawatankuasa Biro Aduan DAP Melaka.

Pada PRN Melaka ke-15, Mohd Noor Helmy memenangi kerusi itu dan merampasnya daripada penyandang, Damian Yeo Shen Li daripada DAP dengan majoriti tipis 200 undi.

Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Haleem sering kali mendapat sokongan daripada Uncle Wong.
Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Haleem sering kali mendapat sokongan daripada Uncle Wong.

Dan semalam, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh mengumumkan pembahagian portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan Timbalan Exco bagi penggal pentadbiran baharu kerajaan negeri.

Ia menyaksikan 10 Exco selain Ketua Menteri, diberikan tanggungjawab mengetuai pelbagai sektor utama pentadbiran negeri, termasuk pembangunan ekonomi, pendidikan, kesihatan, infrastruktur, pelancongan dan kebajikan rakyat.

Seperti dilaporkan media, barisan pentadbiran baharu itu turut dibantu 12 Timbalan Exco bagi memperkukuh penyelarasan dan pelaksanaan dasar kerajaan negeri.

Ab Rauf sendiri memegang portfolio Perancangan Ekonomi, Kewangan, Tanah, Pelaburan dan Industri.

Beliau dibantu dua Timbalan Exco iaitu Mohd Noor Helmy dan ADUN Machap Jaya, Datuk Ngwe Hee Sem.

Walau bagaimanapun, sejurus selepas pengumuman dan majlis mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka, warganet ada yang bersuara mengenai kedudukan Mohd Noor Helmy.

"Prestasi bagus, ramai orang suka dia, tapi, alih-alih cuma dapat (jawatan) Timbalan Exco je?"

Demikian antara warganet yang mempersoalkan mengenai perkara tersebut.

Biarpun begitu, Mohd Noor Helmy enggan melihat perkara itu sebagai negatif.

Sebaliknya beliau melihat portfolio yang dipegangnya kini cukup penting untuk menguruskan hal ehwal yang melibatkan Ketua Menteri.

"Nak komen apa, saya ok je, portfolio saya pun, walaupun Timbalan Exco, tempat saya penting, tugas-tugas untuk menguruskan hal ehwal yang melibatkan Ketua Menteri.

"Jadi saya ok je sebenarnya," katanya dalam audio ringkas yang dihantar kepada The Step menerusi WhatsApp.

Mohd Noor Helmy berkata, sebelum ini beliau mengetuai Kelab Penyokong Kerajaan atau Backbenchers Club (BBC) di dalam sidang dewan.

"Jadi nak jadi ketua BBC pun kena seorang yang padu juga, tambahan pula kita ada empat wakil rakyat pembangkang yang berpengalaman," katanya.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Metra Syahril MohamedKetua Pengarang The Step, The Step | 102 siaran

Penulis merupakan Ketua Pengarang The Step. Berpengalaman dalam penulisan berita lebih 20 tahun khususnya berkaitan misi kemanusiaan, rencana dan hal ehwal semasa. Penulis juga merupakan calon angkasawan ketika proses pemilihan angkasawan negara. Pernah menyertai misi kemanusiaan di Somalia dan Syria, mendekati cerita-cerita mangsa perang dan konflik kemanusiaan. Penulis juga pernah menyertai misi kemanusiaan di Lubnan bersama pasukan MALBATT.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

PAS
Politik

PAS tidak letak calon bertanding PRN Sarawak

Oleh The Step19 November 2026 pada 12:06 PTG
Menteri Besar Kelantan dan barisan Exco kerajaan negeri bermesyuarat di dalam tren ECRL.
Politik

Mesyuarat Exco Kelantan cipta kelainan, diadakan dalam tren ECRL ke Gombak

Oleh Metra Syahril Mohamed17 November 2026 pada 06:26 PTG
Gambar dikongsi Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki permeteraian perjanjian persefahaman antara BN dengan rakan strategik Pas yang mewakili parti-parti daripada PN bagi menghadapi PRN Melaka .
Politik

MKT UMNO setuju mengabsahkan kerjasama politik dengan Pas, PN

Oleh Metra Syahril Mohamed28 Oktober 2026 pada 10:42 PTG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com