The Step - Every Story Moves You

PAS tidak letak calon bertanding PRN Sarawak

Keputusan itu dibuat setelah mengambil kira perkembangan politik semasa serta pelbagai pertimbangan lain.

TS
Oleh The StepPengarang Berita19 November 2026 pada 12:06 PTG1 min bacaanDikemas kini 19 November 2026 pada 12:09 PTG
PAS

PAS memutuskan untuk tidak meletakkan calon bagi bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 2026.

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menerusi kenyataan media hari ini.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira perkembangan politik semasa serta pelbagai pertimbangan lain.

"PAS mengambil maklum perkembangan semasa berhubung PRN Sarawak 2026 yang akan diadakan tidak lama lagi.

"Setelah mengambil kira perkembangan politik semasa serta pelbagai pertimbangan lain, PAS memutuskan untuk tidak meletakkan calon bagi bertanding dalam PRN Sarawak 2026," jelasnya.

Takiyuddin berkata, PAS akan terus memberikan komitmen terhadap usaha memperkukuh perpaduan, kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat, selaras dengan dasar serta prinsip perjuangan parti.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRN Sarawak kali ini pada 12 Disember, manakala tarikh penamaan calon ditetapkan 28 November dan pengundian awal 8 Disember.

Sebanyak 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertanding pada pilihan raya tersebut.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp

Berita berkaitan

Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Haleem.
Politik

Prestasi bagus tapi cuma dapat Timbalan Exco?: 'Nak komen apa? Saya ok je'

Oleh Metra Syahril Mohamed20 November 2026 pada 03:17 PTG
Menteri Besar Kelantan dan barisan Exco kerajaan negeri bermesyuarat di dalam tren ECRL.
Politik

Mesyuarat Exco Kelantan cipta kelainan, diadakan dalam tren ECRL ke Gombak

Oleh Metra Syahril Mohamed17 November 2026 pada 06:26 PTG
Gambar dikongsi Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki permeteraian perjanjian persefahaman antara BN dengan rakan strategik Pas yang mewakili parti-parti daripada PN bagi menghadapi PRN Melaka .
Politik

MKT UMNO setuju mengabsahkan kerjasama politik dengan Pas, PN

Oleh Metra Syahril Mohamed28 Oktober 2026 pada 10:42 PTG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com