The Step - Every Story Moves You

MKT UMNO setuju mengabsahkan kerjasama politik dengan Pas, PN

"Kita juga bersetuju untuk Barisan Nasional (BN) dan PN melancarkan Manifesto Pilihanraya bersama bagi menawarkan khidmat yang terbaik kepada rakyat bagi meneruskan kecemerlangan perkhidmatan dan pembangunan negeri oleh kerajaan negeri Melaka sebelum ini".

Metra Syahril Mohamed
Oleh Metra Syahril MohamedKetua Pengarang The Step28 Oktober 2026 pada 10:42 PTG1 min bacaanDikemas kini 17 November 2026 pada 05:18 PTG
Gambar dikongsi Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki permeteraian perjanjian persefahaman antara BN dengan rakan strategik Pas yang mewakili parti-parti daripada PN bagi menghadapi PRN Melaka .

Gambar dikongsi Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki permeteraian perjanjian persefahaman antara BN dengan rakan strategik Pas yang mewakili parti-parti daripada PN bagi menghadapi PRN Melaka .

MESYUARAT Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Malaysia yang berlangsung hari ini bersetuju sebulat suara mengabsahkan kerjasama dan persefahaman politik dengan rakan strategik Pas dan rakan-rakan daripada Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sidang mesyuarat juga bersetuju mengarahkan agar seluruh jentera dan penyokong parti membantu sepenuh hati dan memberikan sokongan padu kepada semua calon-calon PN yang bakal bertanding dalam PRN Melaka kali ini.

"Kita juga bersetuju untuk Barisan Nasional (BN) dan PN melancarkan Manifesto Pilihanraya bersama bagi menawarkan khidmat yang terbaik kepada rakyat bagi meneruskan kecemerlangan perkhidmatan dan pembangunan negeri oleh kerajaan negeri Melaka sebelum ini," jelasnya.

Asyraf Wajdi memberitahu, MKT menyeru agar pimpinan dan jentera parti sentiasa mengamalkan kempen pilihan raya secara berhemah dan berakhlak tanpa perlu terjebak dengan sebarang perbuatan memfitnah, mengeji ataupun memaki hamun parti lawan.

Dalam perkembangan lain katanya, MKT menggesa agar kerajaan khususnya Kementerian Kewangan menarik balik arahan pembatalan projek-projek berkepentingan rakyat terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Ini jelas beliau, melibatkan projek-projek pembangunan luar bandar termasuk jalan luar bandar dan projek bekalan air dan elektrik luar bandar.

Terdahulu dalam hantaran di Facebook, Asyraf Wajid memaklumkan permeteraian perjanjian persefahaman antara BN dengan rakan strategik Pas yang mewakili parti-parti daripada PN bagi menghadapi PRN Melaka ini.

"Moga semangat perpaduan ummah dan gelombang biru akan terus subur memugar di bumi Melaka pada PRN demi manfaat kemakmuran dan kestabilan negeri dan rakyat. Moga Allah merahmati usaha ini," katanya.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Metra Syahril MohamedKetua Pengarang The Step, The Step | 102 siaran

Penulis merupakan Ketua Pengarang The Step. Berpengalaman dalam penulisan berita lebih 20 tahun khususnya berkaitan misi kemanusiaan, rencana dan hal ehwal semasa. Penulis juga merupakan calon angkasawan ketika proses pemilihan angkasawan negara. Pernah menyertai misi kemanusiaan di Somalia dan Syria, mendekati cerita-cerita mangsa perang dan konflik kemanusiaan. Penulis juga pernah menyertai misi kemanusiaan di Lubnan bersama pasukan MALBATT.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Haleem.
Politik

Prestasi bagus tapi cuma dapat Timbalan Exco?: 'Nak komen apa? Saya ok je'

Oleh Metra Syahril Mohamed20 November 2026 pada 03:17 PTG
PAS
Politik

PAS tidak letak calon bertanding PRN Sarawak

Oleh The Step19 November 2026 pada 12:06 PTG
Menteri Besar Kelantan dan barisan Exco kerajaan negeri bermesyuarat di dalam tren ECRL.
Politik

Mesyuarat Exco Kelantan cipta kelainan, diadakan dalam tren ECRL ke Gombak

Oleh Metra Syahril Mohamed17 November 2026 pada 06:26 PTG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com