The Step - Every Story Moves You

Kelab Pencak Silat UKM yakin lahirkan atlet pelapis berpotensi

Kelab Pencak Silat UKM yakin Kejohanan SUKEM Pencak Silat 2026 mampu menjadi platform untuk mengenal pasti dan mengembangkan bakat atlet pelapis berpotensi tinggi.

Muhamad Nur Hakim
Oleh Muhamad Nur Hakim Wartawan7 Oktober 2026 pada 10:33 PG2 min bacaanDikemas kini 7 Oktober 2026 pada 02:01 PTG
“Pasukan Pencak Silat UKM beraksi dalam Kejohanan Pencak Silat Terbuka Tangkak sebagai medan menguji kemampuan dan meningkatkan prestasi atlet.”

“Pasukan Pencak Silat UKM aktif menyertai pelbagai kejohanan terbuka sebagai medan menguji kemampuan, mengasah bakat dan memperkukuh prestasi atlet.”

KELAB Pencak Silat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yakin Kejohanan SUKEM Pencak Silat yang bakal berlangsung di Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 23 hingga 25 Oktober ini mampu menarik penyertaan ramai atlet pelapis.

Ia sekali gus mempunyai potensi tinggi untuk diketengahkan pada masa akan datang.

Kejohanan tersebut dilihat sebagai salah satu platform penting bagi mengenal pasti bakat baharu dalam kalangan mahasiswa sebelum mereka digilap menghadapi kejohanan pada peringkat lebih tinggi, khususnya Kejohanan MASUM akan datang.

Peluang Kepada Atlet Baharu

Menurut Ketua Bahagian Pembangunan Atlet Persatuan, Ideris Adeeb Safin, kejohanan ini mampu menjadi medan melahirkan lebih ramai atlet berpotensi tinggi yang dapat menyumbang kepada kekuatan pasukan pada masa akan datang.

Beliau berkata, setiap kolej juga telah melakukan persiapan yang rapi bagi menghadapi kejohanan tersebut, sekali gus menunjukkan kesungguhan dalam membangunkan bakat dan meningkatkan prestasi atlet.

Pemilihan atlet turut dibuka kepada semua mahasiswa yang berminat, termasuk mereka yang tidak mempunyai asas dalam seni bela diri Pencak Silat. Atlet baharu masih berpeluang untuk dibimbing dan diasah kemahiran mereka melalui latihan yang diberikan oleh pasukan.

“Kejohanan ini merupakan peluang untuk mengenal pasti bakat baharu. Walaupun tidak mempunyai asas Silat, mereka masih boleh dibimbing dan diasah untuk menjadi atlet yang berpotensi.”

Persediaan Menghadapi Kejohanan Akan Datang

Kelab Pencak Silat UKM melihat penglibatan atlet pelapis sebagai satu keperluan penting dalam memastikan kesinambungan prestasi pasukan pada masa akan datang.

Situasi ini menjadi semakin penting berikutan sebahagian besar atlet senior dijangka menamatkan pengajian pada tahun ini. Justeru, kemasukan atlet baharu perlu diberi perhatian bagi memastikan pasukan terus mempunyai barisan atlet yang mampu memberikan saingan sengit dalam kejohanan akan datang.

Usaha mencari dan membangunkan atlet pelapis juga diharapkan dapat membantu Kelab Pencak Silat UKM membentuk pasukan yang lebih kompetitif serta bersedia menghadapi kejohanan di peringkat universiti dan kebangsaan.

Juara Kebangsaan dan pesilat terbaik kesulurahanKategori
Juara Kebangsaan dan pesilat terbaik kesulurahanKategori

Fokus Membina Pasukan Lebih Kompetitif

Secara keseluruhannya, Kejohanan SUKEM Pencak Silat 2026 bukan sahaja menjadi medan pertandingan, malah menjadi ruang penting untuk mengenal pasti, membentuk dan mengembangkan bakat baharu dalam kalangan mahasiswa UKM.

Kelab Pencak Silat UKM berharap peluang yang diberikan kepada atlet baharu dapat dimanfaatkan sebaiknya bagi melahirkan generasi pelapis yang berpotensi tinggi serta membantu pasukan mencapai objektif untuk terus menjadi antara pasukan yang mampu memberikan saingan sengit dalam kejohanan akan datang.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Muhamad Nur Hakim Wartawan, The Step | 4 siaran

Muhamad Nur Hakim bin Rosli merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta atlet Silat UKM yang aktif mewakili universiti dalam pelbagai kejohanan, termasuk Kejohanan MASUM Terengganu dengan pencapaian pingat gangsa. Berbekalkan latar belakang komunikasi media dan pengalaman dalam bidang sukan, beliau mempunyai kemahiran dalam penulisan, komunikasi, kepimpinan, pengurusan pasukan dan pengurusan acara. Beliau turut dikenali sebagai individu yang berdisiplin, proaktif, mudah menyesuaikan diri dan komited dalam menghasilkan kandungan serta melaksanakan tugasan secara profesional.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com