‘Kegagalan bukan pengakhiran, belajar bangkit dan perbaiki diri’ – Dr Hisham
Pakar terapi emosi, Dr Hisham Dzakiria berkata, kesilapan lalu tidak semestinya menentukan masa depan seseorang.


Pakar terapi emosi, Dr Hisham Dzakiria berkata, kesilapan lalu tidak semestinya menentukan masa depan seseorang,
KEGAGALAN dan pengalaman negatif tidak seharusnya dianggap sebagai pengakhiran perjalanan hidup, sebaliknya menjadi ruang untuk seseorang mengenal pasti kelemahan serta memperbaiki diri.
Pakar terapi emosi, Dr Hisham Dzakiria berkata, kesilapan lalu tidak semestinya menentukan masa depan seseorang, sebaliknya tindakan yang diambil hari ini mampu mengubah hala tuju kehidupan.


Menurutnya, perkara paling penting adalah keinginan untuk menjadi lebih baik serta kesediaan mengambil langkah bagi melakukan perubahan.
“Dalam kehidupan, tiada kegagalan yang benar-benar menjadi kegagalan sekiranya seseorang memilih untuk belajar, bangkit dan terus memperbaiki diri.
“There is no failure,” katanya.
Dr Hisham berkata demikian ketika menyampaikan ceramah menerusi program Di Sebalik Kecelaruan: Mencari Tenang Dalam Diri bersama 100 kakitangan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) Putrajaya, pada Khamis.
Program berkenaan dianjurkan oleh Jabatan Sumber Manusia LPPSA bagi memberi ruang kepada kakitangan untuk memahami kepentingan ketenangan diri ketika berhadapan dengan pelbagai cabaran kehidupan.




Dalam program itu, Dr Hisham yang juga dikenali sebagai Dr Healing turut menekankan kepentingan membina ketenangan diri ketika berhadapan dengan pelbagai cabaran kehidupan.
Beliau berkata, ketenangan bukan bermaksud seseorang bebas daripada masalah, sebaliknya kemampuan menghadapinya tanpa kehilangan jati diri.
“Ketenangan bukanlah apabila hidup kita tiada masalah, tetapi apabila kita mampu menghadapinya tanpa kehilangan diri sendiri,” katanya.




Menurutnya, ketenangan turut terbentuk melalui cara seseorang memahami diri sendiri, mengawal tindakan, menghargai hubungan serta mengenal pasti perkara yang benar-benar bermakna dalam kehidupan.
Justeru, setiap individu perlu meluangkan masa untuk menilai semula keutamaan hidup agar usaha mengejar kejayaan dan kebahagiaan tidak menjadi punca kepada kecelaruan emosi.
Bukan hanya sesi merawat jiwa, semua kakitangan LPPSA yang terlibat turut dihiburkan dengan persembahan istimewa penyanyi Ayu Damit.
Ayu membawa tiga buah lagu iaitu Hanya Di Mercu, Original Sabah dan Yang Penting Happy.
Bagi organisasi atau pihak yang berminat menganjurkan program seumpama ini, boleh menghubungi Healing Centre, Dr Hisham Dzakiria menerusi talian 03-3359 1329 atau WhatsApp ke 010-841 898 untuk pertanyaan lanjut.

Muhamad Nur Hakim bin Rosli merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta atlet Silat UKM yang aktif mewakili universiti dalam pelbagai kejohanan, termasuk Kejohanan MASUM Terengganu dengan pencapaian pingat gangsa. Berbekalkan latar belakang komunikasi media dan pengalaman dalam bidang sukan, beliau mempunyai kemahiran dalam penulisan, komunikasi, kepimpinan, pengurusan pasukan dan pengurusan acara. Beliau turut dikenali sebagai individu yang berdisiplin, proaktif, mudah menyesuaikan diri dan komited dalam menghasilkan kandungan serta melaksanakan tugasan secara profesional.
Berita berkaitan

467 ditahan libatkan kesalahan penyeludupan, ketirisan barangan kawalan
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 10:57 PG
TH ambil langkah kesan aliran wang, pindahan bank Al-Rawda
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 09:33 PG
Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM


