Azizulhasni akhiri penampilan Sukan Asia dengan emas
Azizulhasni meluahkan rasa syukur apabila penampilan terakhirnya di Sukan Asia berakhir dengan kejayaan memenangi pingat emas acara keirin lelaki.


Azizulhasni meluahkan rasa syukur apabila penampilan terakhirnya di Sukan Asia berakhir dengan kejayaan memenangi pingat emas acara keirin lelaki.
JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang menyifatkan kejayaan meraih pingat emas pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 sebagai penutup berharga buat dirinya selepas 38 tahun bergelumang dalam dunia sukan.
Menerusi hantaran di media sosialnya, Azizulhasni, 38, meluahkan rasa syukur apabila penampilan terakhirnya di Sukan Asia berakhir dengan kejayaan memenangi pingat emas acara keirin lelaki.
“38 tahun di penampilan Sukan Asia terakhir. Dan saya akhirinya dengan kejayaan pingat EMAS,” katanya.
Menurutnya, perjalanan panjang dalam arena sukan dipenuhi pelbagai pengorbanan, cabaran serta pengalaman jatuh bangun, namun semua itu tidak pernah melemahkan semangatnya.
“Alhamdulillah, terlalu banyak pengorbanan, jatuh bangun dan liku-liku sepanjang perjalanan ini.
“Namun begitu, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana semua itu tidak pernah melemahkan saya malah membuatkan saya lebih kuat,” katanya.
Azizulhasni turut menegaskan bahawa sepanjang kariernya, beliau sudah memberikan segala-galanya demi arena sukan negara, khususnya sukan lumba basikal tanah air.
Beliau turut menyenaraikan beberapa kejayaan emas yang diraihnya sebelum ini, termasuk emas di World Cup Perth, emas di World Cup Nilai, emas di Glasgow dan emas di Aichi-Nagoya.
“Allahummabarik,” tulisnya pada penghujung hantaran berkenaan.
Pada aksi final keirin lelaki di Velodrom Izu, Jepun, semalam, Azizulhasni menewaskan pelumba China, Li Zhiwei dengan catatan 10.330 saat untuk menghadiahkan emas kelapan buat Malaysia di Sukan Asia Aichi-Nagoya.
Kejayaan itu turut menyaksikan Azizulhasni mengulangi pencapaiannya memenangi emas keirin pada Sukan Asia Guangzhou 2010, selain meraih gangsa dalam acara sama pada edisi Jakarta-Palembang 2018.
Dengan kejayaan di Aichi-Nagoya, Azizulhasni menutup penampilan di pentas Sukan Asia dengan koleksi dua emas, satu perak dan dua gangsa.

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Berita berkaitan

467 ditahan libatkan kesalahan penyeludupan, ketirisan barangan kawalan
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 10:57 PG
TH ambil langkah kesan aliran wang, pindahan bank Al-Rawda
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 09:33 PG
Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM


