Selasih Dim Sum Hotel Tenera jadi pilihan berbilang kaum, 80 peratus menu buatan sendiri
Pihak hotel komited menyediakan sajian yang bukan sahaja berkualiti, malah memberikan keyakinan kepada pelanggan untuk menikmati pelbagai pilihan dim sum dalam suasana hotel.


Team cef Selasih Dim Sum di Hotel Tenera, Bangi
SAJIAN dim sum yang enak, harga berpatutan dan pensijilan halal menjadi antara tarikan utama Selasih Dim Sum di Hotel Tenera, Bangi, Selangor, sekali gus menjadikannya pilihan pengunjung berbilang kaum.
Lebih menarik, lebih 80 peratus dim sum yang disajikan di restoran berkenaan dihasilkan sendiri atau secara homemade bagi memastikan kualiti, kesegaran dan kepuasan pelanggan sentiasa terpelihara.

Menurut Ketua Cef Hotel Tenera, Chef Sahisal Azrul, keistimewaan Selasih Dim Sum bukan sahaja terletak pada keenakan hidangannya, malah turut merangkumi aspek halal yang menjadi pertimbangan penting, khususnya bagi pelanggan Muslim.
Katanya, pihak hotel komited menyediakan sajian yang bukan sahaja berkualiti, malah memberikan keyakinan kepada pelanggan untuk menikmati pelbagai pilihan dim sum dalam suasana hotel.
"Lebih 80 peratus dim sum kami dihasilkan sendiri. Kami mahu memastikan pelanggan mendapat hidangan berkualiti dan berpuas hati dengan sajian yang disediakan.
"Selain keenakan makanan, aspek halal juga penting supaya pelanggan, khususnya yang beragama Islam, dapat menikmati dim sum dengan lebih yakin," katanya.
Chef Azrul turut menzahirkan rasa bangga terhadap komitmen dan kecekapan cef yang bertanggungjawab memastikan kualiti dim sum sentiasa terjaga, iaitu Chef Aliff Firdaus Mohd Rujhan dan Chef Alia Maisara Abd. Hamid.


Dari segi harga, Selasih Dim Sum menawarkan pakej pada kadar RM58++ bagi seorang dewasa dan RM38++ bagi kanak-kanak.
Harga berkenaan membolehkan pengunjung menikmati pelbagai pilihan dim sum dalam suasana hotel tanpa perlu berbelanja terlalu tinggi, sekali gus menjadikannya pilihan menarik untuk kunjungan bersama keluarga dan rakan-rakan.



Sambutan yang diterima juga memberangsangkan apabila restoran berkenaan bukan sahaja dikunjungi pelanggan Muslim, malah turut menarik perhatian pelanggan berbilang kaum, termasuk masyarakat Cina dan India, yang ingin menikmati sajian dim sum.
Antara pilihan dim sum yang ditawarkan ialah Chicken Siew Mai, BBQ Flat Noodle Roll, Mushroom Shimeji Dumpling, Siew Pak Choy Dumpling, Shrimp Flat Noodle Roll, Chicken Mayo Roll, Fried Shallot Chicken Dumpling, Chicken Feet With Spicy Bean Sauce, BBQ Chicken Bao, Beancurd Skin Roll dan Salted Egg Bao.
Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai hidangan lain seperti Wantan Noodle Soup, Wantan Nyonya Curry With Fried Beancurd, Radish Cake With Egg, Yong Chow Fried Rice, Bamboo Chicken Rice and Chestnut, Wok Fried Omelet With Prawn and Vegetables, Bok Choy With Garlic Sauce, Fried Kai-Lan and Salted Fish, Bonito Beancurd serta Hong Kong Sauce Beancurd.





Bagi melengkapkan pengalaman menjamu selera, Selasih Dim Sum turut menyediakan pilihan pencuci mulut seperti Sesame Ball, Sea Coconut With Longan, Fried Durian Roll dan Chinese Pancake With Black Bean Filling, selain Fruits Platter serta pelbagai jenis minuman.
Keistimewaan sajian yang ditawarkan turut menarik perhatian pengamal industri makanan dan minuman, termasuk cef dari hotel serta premis lain yang datang sendiri untuk merasai hidangan di restoran berkenaan.
Menurut Chef Azrul, maklum balas positif daripada pelanggan dan pengunjung dalam industri menjadi pendorong kepada pihaknya untuk terus mengekalkan mutu sajian serta memastikan setiap pelanggan mendapat pengalaman menjamu selera yang memuaskan.
Dalam pasaran yang menawarkan pelbagai pilihan dim sum, gabungan keenakan rasa, harga berpatutan dan keyakinan terhadap status halal menjadi antara kelebihan Selasih Dim Sum.
Bagi pengunjung yang mencari dim sum halal pada harga berpatutan, Selasih Dim Sum di Hotel Tenera boleh dipertimbangkan sebagai destinasi menjamu selera bersama keluarga dan rakan-rakan.

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Berita berkaitan

Jerebu: PM2.5 lebih halus daripada rambut manusia, guna pelitup muka N95
Oleh The Step17 Oktober 2026 pada 08:40 PG
PM2.5: Zarah halus jerebu boleh menjejaskan paru-paru, jantung dan janin
Oleh The Step17 Oktober 2026 pada 08:22 PG
Elon Musk perkenal kereta 'terbang', ia bukan hasil AI
Oleh The Step16 Oktober 2026 pada 09:51 PTG

