The Step - Every Story Moves You

Elon Musk perkenal kereta 'terbang', ia bukan hasil AI

Beliau memberitahu sekumpulan peminat Tesla bahawa mereka memerlukan penonton untuk membuktikan demonstrasi itu bukan hasil kecerdasan buatan (AI).

TS
Oleh The StepPengarang Berita16 Oktober 2026 pada 09:51 PTG1 min bacaanDikemas kini 17 Oktober 2026 pada 05:10 PTG
Kenderaan baharu keluaran Tesla yang dikatakan mampu terbang.

Kenderaan baharu keluaran Tesla yang dikatakan mampu terbang.

KETUA Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk, memperkenalkan sebuah kereta yang menurutnya 'mampu terbang' — satu ciri yang selama ini hanya sering dipaparkan dalam karya fiksyen sains dan kartun.

Dalam acara pelancaran produk di sebuah fasiliti ujian SpaceX di Texas, beliau memperkenalkan model baharu Tesla Roadster, sebuah kereta sport dua tempat duduk yang bukan sahaja mampu memecut dari sifar kepada 60 batu sejam dalam masa kurang daripada satu saat, malah didakwa boleh terbang.

Musk menunjukkan bagaimana kereta itu menggunakan daya sedutan di bahagian bawah untuk mendaki tanjakan curam dan tergantung secara terbalik sebelum berpusing keluar dari tanjakan, melakukan putaran di udara dan menggunakan semburan udara untuk mendarat.

Menurut laporan CNN, kereta itu tidak mempunyai pemandu sebenar ketika demonstrasi berlangsung.

Musk memberitahu penonton bahawa langkah itu diambil 'bagi memastikan kami tidak membunuh sesiapa'.

Walau bagaimanapun, meskipun acara yang dirancang itu berjaya dilaksanakan, keupayaan sebenar kereta tersebut masih belum terbukti.

Musk berkata, kereta itu akan mula dikeluarkan pada 2028.

Beliau memberitahu sekumpulan peminat Tesla bahawa mereka memerlukan penonton untuk membuktikan demonstrasi itu bukan hasil kecerdasan buatan (AI).

"Kami memerlukan penonton untuk membuktikan bahawa ini bukan AI. Jadi, anda semua boleh memberitahu orang lain bahawa anda menyaksikannya sendiri,” katanya.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp

Berita berkaitan

EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com