The Step - Every Story Moves You

Glocal Pilgrims Alert bantu bakal jemaah haji, permudah komunikasi di Tanah Suci

Bagi menangani cabaran komunikasi dan pergerakan di Makkah serta Madinah, aplikasi Glocal Pilgrims Alert diperkenalkan

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan3 Oktober 2026 pada 08:32 PTG3 min bacaanDikemas kini 3 Oktober 2026 pada 08:36 PTG
Ketua Pegawai Eksekutif Glocal Travel, Dato' Mohd Idzham Mohd Isa (tiga kiri) menyampaikan Sijil Penghargaan Usahasama dan Kerjasama kepada Ikon dan Pembimbing Jemaah Haji Glocal 1448H/2027M, Dato' Dr Ustaz Haji Badli Shah Haji Alauddin (tiga kanan) dan barisan pembimbing utama Glocal Travel pada Majlis Pelancaran Pakej Haji Musim 1448H/2027 di Kuala Lumpur, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Glocal Travel, Dato' Mohd Idzham Mohd Isa (tiga kiri) menyampaikan Sijil Penghargaan Usahasama dan Kerjasama kepada Ikon dan Pembimbing Jemaah Haji Glocal 1448H/2027M, Dato' Dr Ustaz Haji Badli Shah Haji Alauddin (tiga kanan) dan barisan pembimbing utama Glocal Travel pada Majlis Pelancaran Pakej Haji Musim 1448H/2027 di Kuala Lumpur, hari ini.

Persiapan bagi Musim Haji 1448H/2027M kini mula memuncak berikutan pengeluaran Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) oleh Lembaga Tabung Haji (TH) kepada agensi pelancongan tempatan yang bertauliah. Langkah ini diambil bagi memastikan ekosistem perkhidmatan haji negara sentiasa memenuhi piawaian tinggi, khususnya dari aspek keselamatan, kebajikan dan pematuhan syariah bagi ribuan jemaah Malaysia yang bakal melangkah ke Tanah Suci.

Penglibatan rasmi PJH berlesen bukan sahaja memberi kebebasan kepada bakal jemaah untuk memilih pakej penginapan dan perkhidmatan yang sesuai mengikut kemampuan, malah menjadi benteng utama dalam membendung isu penipuan (scam) visa serta pakej haji tidak diiktiraf.

Ketua Pegawai Eksekutif Glocal Travel, Dato' Mohd Idzham Mohd Isa (tiga kiri) menyampaikan Sijil Penghargaan Usahasama dan Kerjasama kepada Ikon dan Pembimbing Jemaah Haji Glocal 1448H/2027M, Dato' Dr Ustaz Haji Badli Shah Haji Alauddin (tiga kanan) dan barisan pembimbing utama Glocal Travel pada Majlis Pelancaran Pakej Haji Musim 1448H/2027 di Kuala Lumpur, hari ini.

Seiring dengan peningkatan cabaran pengurusan jemaah dan permodenan infrastruktur di Arab Saudi, agensi-agensi yang dilantik kini mula mengorak langkah menyepadukan pengurusan tradisional bersama inovasi digital demi kelancaran ibadah.

Menyahut aspirasi berkenaan, Glocal Travel & Tours Sdn Bhd (Glocal Travel) yang diumumkan sebagai salah sebuah agensi penerima Lesen PJH Musim Haji 1448H/2027M daripada Tabung Haji pada 1 September lalu, melangkah ke hadapan dengan memperkenalkan empat pilihan Pakej Haji 1448H beserta aplikasi pengurusan pintar, Glocal Pilgrims Alert.

Majlis pelancaran yang berlangsung di Hotel Pullman Kuala Lumpur City Centre hari ini menyaksikan komitmen Glocal Travel dalam menawarkan rangkaian Pakej Elaf Eksklusif, Pullman Clock Tower ECO, Pullman Clock Tower Premium dan Pullman Private bagi memenuhi pelbagai profil keperluan jemaah.

Ketua Pegawai Eksekutif Glocal Travel, Dato' Mohd Idzham Mohd Isa (tiga kiri) menyampaikan Sijil Penghargaan Usahasama dan Kerjasama kepada Ikon dan Pembimbing Jemaah Haji Glocal 1448H/2027M, Dato' Dr Ustaz Haji Badli Shah Haji Alauddin (tiga kanan) dan barisan pembimbing utama Glocal Travel pada Majlis Pelancaran Pakej Haji Musim 1448H/2027 di Kuala Lumpur, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Glocal Travel, Dato' Mohd Idzham Mohd Isa berkata, keutamaan pengurusan haji masa kini perlu berteraskan pendekatan holistik yang menyepadukan bimbingan rohani, logistik yang efisien dan sokongan operasi berterusan.

"Untuk Musim Haji 1448H, fokus kami bukan sekadar menawarkan pakej, sebaliknya menyediakan satu pengalaman perjalanan haji yang tersusun daripada persediaan sebelum berangkat, bimbingan ibadah, penginapan, hinggalah pengurusan di Tanah Suci dan fasa Mashair.

“Prinsip kami mudah: jemaah fokus sepenuhnya kepada ibadah, manakala urusan perjalanan kami bantu kendalikan," katanya.

Bagi menangani cabaran komunikasi dan pergerakan di Makkah serta Madinah, aplikasi Glocal Pilgrims Alert diperkenalkan untuk menyampaikan notifikasi masa nyata mengenai jadual pergerakan, titik perhimpunan, serta makluman penting terus kepada jemaah.

Dengan persetujuan jemaah, fungsi penjejakan lokasi turut disediakan bagi membantu pasukan operasi mengesan jemaah yang terpisah daripada kumpulan tanpa mengabaikan aspek privasi.

Mohd ldznam menegaskan bahawa integrasi teknologi berkenaan direka khas untuk menyokong petugas dan bukannya membebankan jemaah.

"Teknologi berfungsi sebagai alat sokongan kepada petugas di lapangan. Maklumat penting tetap disalurkan melalui saluran mesra pengguna seperti notifikasi ringkas dan WhatsApp.

“Teknologi membantu operasi, namun sentuhan kemanusiaan dan keprihatinan petugas tetap menjadi keutamaan,” katanya.

Dari sudut pengurusan fasa kritikal di Mashair, Glocal Travel turut menawarkan Perkhidmatan Mashair Naik Taraf (PMN) yang merangkumi peningkatan fasiliti khemah, ruang solat dan makan yang lebih selesa, kemudahan rehat serta penyelarasan pengangkutan yang lebih efisien.

Bagi mengukuhkan bimbingan rohani, barisan pembimbing dan penasihat syariah berpengalaman turut dilantik bagi memimpin jemaah sepanjang perjalanan.

Antaranya termasuk Dato' Dr Ustaz Haji Badli Shah Haji Alauddin selaku Ikon dan Pembimbing Jemaah Haji Glocal 1448H/2027M; YM Prof Ustaz Haji Tengku Aziz Raja Abdullah sebagai Penasihat Syariah dan Guru Agama Glocal Travel; Ustaz Haji Abdul Fatah Awang (Guru Agama Pengkursus Ibadah Haji Tanah Air dan Pembimbing Ibadah Haji Tanah Suci); Ustaz Haji Muhidin Mokter (Pakar Kaunseling Haji Glocal Travel) serta penglibatan personaliti dakwah, Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki.

Setiap jemaah turut akan menerima bimbingan secara 'live communication' ketika melaksanakan ibadah Tawaf dan Saie, bagi membantu mereka memahami serta melaksanakan ibadah dengan lebih yakin dan teratur.

Pada masa sama, Mohd Idzham mengingatkan seluruh bakal jemaah Haji 1448H agar membuat persediaan menyeluruh merangkumi aspek mental, kesihatan fizikal dan pemantapan ilmu ibadah sebelum berlepas.

"Jemaah hadir ke Tanah Suci untuk beribadah. Peranan kami adalah memastikan perjalanan tersebut berjalan dengan tenang, selamat dan teratur. Ibadah Haji tuan puan, tanggungjawab kami," katanya.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 191 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com