EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com
Politik

UMNO lancar kutipan tabung sumbangan bantu ringankan beban Najib

Ahmad Zahid berkata, UMNO menyambut dengan penuh kesyukuran keputusan yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah.

Metra Syahril Mohamed18 September 2026 pada 04:43 PTGDikemas kini 18 September 2026 pada 04:46 PTG
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

UMNO mengambil inisiatif dengan melancarkan kutipan tabung sumbangan bagi membantu meringankan beban Datuk Seri Najib Tun Razak dalam melunaskan denda berjumlah RM50 juta.

Ia sebagai syarat susulan perkenan Yang di-Pertuan Agong kepada bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.

Untuk itu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru seluruh kepimpinan, ahli dan penyokong parti serta mereka yang ingin bersama-sama memberikan sokongan agar menyumbang secara sukarela melalui satu inisiatif yang akan dilaksanakan secara telus, teratur dan mematuhi segala peraturan serta undang-undang yang berkuat kuasa.

"Dengan penuh takzim, saya bagi pihak seluruh kepimpinan dan ahli UMNO merafak sembah menjunjung kasih ke hadapan Yang di-Pertuan Agong.

"UMNO menjunjung tinggi kebijaksanaan dan budi bicara serta menzahirkan setulus-tulus penghargaan atas limpah ihsan Seri Paduka," jelasnya dalam kenyataan.

Ahmad Zahid berkata, UMNO menyambut dengan penuh kesyukuran keputusan yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah.

Perkembangan ini katanya, amat bermakna buat beliau dan keluarga, serta seluruh keluarga UMNO yang selama ini tidak putus menaruh harapan dan menitipkan doa.

"Pendirian UMNO sejak awal adalah untuk membawa permohonan ini dengan penuh tertib dan rendah hati, melalui saluran yang ditetapkan.

"Penghormatan kepada institusi raja, keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang akan terus menjadi pegangan kita," katanya.

Beliau turut menyeru seluruh ahli UMNO agar menyambut perkembangan ini dengan rasa syukur, menjaga adab dalam setiap ungkapan dan menghormati segala proses yang ditetapkan.

Terdahulu Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memperkenan pengampunan bersyarat kepada bekas Najib  untuk menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.

Perintah tahanan di rumah itu dikenakan sehingga 23 Ogos 2028.

Walau bagaimanapun, pengampunan bersyarat itu tertakluk sekiranya Najib membayar dendan sebanyak RM50 juta.

Perkara itu diputuskan mesyuarat Lembaga Pengampunan Bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 yang bersidang hari ini.

Tentang Penulis

Foto profil Metra Syahril Mohamed
Metra Syahril Mohamed

Penulis

Penulis merupakan Ketua Pengarang The Step. Berpengalaman dalam penulisan berita lebih 20 tahun khususnya berkaitan misi kemanusiaan, rencana dan hal ehwal semasa. Penulis juga merupakan calon angkasawan ketika proses pemilihan angkasawan negara. Pernah menyertai misi kemanusiaan di Somalia dan Syria, mendekati cerita-cerita mangsa perang dan konflik kemanusiaan. Penulis juga pernah menyertai misi kemanusiaan di Lubnan bersama pasukan MALBATT.

Berita berkaitan