EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com
Politik

Tiada cadangan tambah kerusi Parlimen di Sarawak - SPR

Dakwaan itu kononnya dikongsi kepada akhbar berkenaan bahawa 'jumlah bahagian pilihan raya Parlimen di Sarawak akan bertambah kepada jumlah tertentu'.

Metra Syahril Mohamed25 September 2026 pada 05:43 PTGDikemas kini 25 September 2026 pada 05:45 PTG
SPR

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menegaskan tiada cadangan untuk pertambahan bahagian pilihan raya Parlimen di Sarawak buat masa ini melibatkan mana-mana bahagian pilihan raya.

Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, pihaknya merujuk laporan akhbar yang memetik dakwaan bahawa berdasarkan 'Dokumen cadangan persempadanan semula bahagian pilihan raya Sarawak'.

Dakwaan itu kononnya dikongsi kepada akhbar berkenaan bahawa 'jumlah bahagian pilihan raya Parlimen di Sarawak akan bertambah kepada jumlah tertentu'.

"SPR ingin menegaskan bahawa tiada cadangan untuk pertambahan bahagian pilihan raya Parlimen di Sarawak buat masa ini melibatkan mana-mana bahagian pilihan raya seperti didakwa oleh akhbar berkenaan yang merujuk kepada perbincangan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)," jelasnya.

Beliau memeritahu, hanya syor KSP Negeri Sarawak Ke-7 telah disediakan oleh SPR dan kini sedang dipamerkan secara rasmi kepada orang ramai mulai 1 September hingga 30 September.

"Oleh itu, SPR menyeru pihak akhbar berkenaan agar sentiasa merujuk maklumat mengenai Kajian Semula Persempadanan (KSP) yang sahih dan tepat di portal atau kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh SPR," katanya.

Menurut laporan akhbar berkenaan, kajian syor persempadanan (KSP) kawasan pilihan raya bagi Sarawak dijangka menyaksikan pertambahan 15 kerusi Parlimen baharu, sekali gus memastikan komposisi satu pertiga perwakilan dari negeri itu dan Sabah di Dewan Rakyat.

Berdasarkan dokumen cadangan persempadanan semula bahagian pilihan raya Sarawak yang dikongsi kepada akhbar itu, perkembangan itu akan menyaksikan jumlah kerusi bagi negeri itu bertambah daripada 31 kepada 46.

Ketika ini, komposisi Dewan Rakyat di Malaysia terdiri 222 kerusi membabitkan 166 kerusi di Semenanjung, manakala 56 lagi menerusi pecahan 31 di Sarawak dan 25 di Sabah.

Tentang Penulis

Foto profil Metra Syahril Mohamed
Metra Syahril Mohamed

Penulis

Penulis merupakan Ketua Pengarang The Step. Berpengalaman dalam penulisan berita lebih 20 tahun khususnya berkaitan misi kemanusiaan, rencana dan hal ehwal semasa. Penulis juga merupakan calon angkasawan ketika proses pemilihan angkasawan negara. Pernah menyertai misi kemanusiaan di Somalia dan Syria, mendekati cerita-cerita mangsa perang dan konflik kemanusiaan. Penulis juga pernah menyertai misi kemanusiaan di Lubnan bersama pasukan MALBATT.

Berita berkaitan