The Step - Every Story Moves You

‘RoS jangan gopoh, hormati hak jutaan rakyat’ – Nik Mohamad Abduh

"PN ni mewakili jutaan rakyat. Cermat dan tenang buat keputusan. Hormati hak rakyat dan sistem demokrasi. Jangan ikut kehendak pondan tu" - Nik Mohamad Abduh

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan22 Oktober 2026 pada 04:32 PTG1 min bacaanDikemas kini 22 Oktober 2026 pada 06:32 PTG
"PN ni mewakili jutaan rakyat. Cermat dan tenang buat keputusan. Hormati hak rakyat dan sistem demokrasi. Jangan ikut kehendak pondan tu" - Nik Mohamad Abduh

"PN ni mewakili jutaan rakyat. Cermat dan tenang buat keputusan. Hormati hak rakyat dan sistem demokrasi. Jangan ikut kehendak pondan tu" - Nik Mohamad Abduh

BEKAS Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengingatkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) supaya tidak terburu-buru membuat keputusan berhubung isu pembatalan pendaftaran Perikatan Nasional (PN).

Menerusi perkongsian di Facebook, beliau berkata, setiap keputusan perlu dibuat dengan cermat dan tenang, selain menghormati hak rakyat serta sistem demokrasi negara.

“Ni baru betul. ROS janganlah gopoh dan terbulu-bulu. 'Jange loghak tebolah tak tetu kalu gak' (Jangan terburu-buru).

“PN ni mewakili jutaan rakyat. Cermat dan tenang buat keputusan. Hormati hak rakyat dan sistem demokrasi. Jangan ikut kehendak pondan tu,” katanya.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi yang menggantung notis RoS berkaitan isu pembatalan pendaftaran PN.

Nik Mohamad Abduh, yang juga Ahli Dewan Negara mewakili Kelantan, menegaskan kepentingan pendekatan berhati-hati dalam menangani perkara yang mempunyai implikasi terhadap sebuah gabungan politik yang mewakili jutaan rakyat.

Keputusan Mahkamah Tinggi menggantung notis berkenaan menjadi perkembangan penting dalam isu status pendaftaran PN, sementara proses perundangan berkaitan perkara itu diteruskan.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 191 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

Majlis pelancaran jentera dan pengumuman calon BN dalam PRN Melaka.
Politik

Agihan kerusi tanpa rundingan langgar semangat konsensus: MCA

Oleh Metra Syahril Mohamed25 Oktober 2026 pada 09:52 PTG
“Hijau menerima biru. Biru mesti menerima hijau." - Zahid
Politik

Kerjasama BN-Pas buka laluan ke Putrajaya – Zahid

Oleh The Step24 Oktober 2026 pada 11:20 PTG
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh.
Politik

Akmal Saleh dicalonkan semula kerusi DUN Merlimau

Oleh The Step24 Oktober 2026 pada 10:38 PTG
DUN Sarawak.
Politik

DUN Sarawak bubar berkuat kuasa 26 Oktober ini

Oleh The Step23 Oktober 2026 pada 03:58 PTG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com