The Step - Every Story Moves You

Kerjasama BN-Pas buka laluan ke Putrajaya – Zahid

“Hijau menerima biru. Biru mesti menerima hijau." - Zahid

TS
Oleh The StepPengarang Berita24 Oktober 2026 pada 11:20 PTG1 min bacaanDikemas kini 25 Oktober 2026 pada 09:55 PTG
“Hijau menerima biru. Biru mesti menerima hijau." - Zahid

“Hijau menerima biru. Biru mesti menerima hijau." - Zahid

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerjasama politik antara BN dan Pas berpotensi membuka laluan kepada gabungan itu untuk mencapai matlamat politik di peringkat Persekutuan, termasuk ke Putrajaya.

Beliau berkata, kerjasama berkenaan perlu diterjemahkan menerusi sokongan bersama dalam pilihan raya, termasuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.

Ahmad Zahid menegaskan prinsip saling membantu perlu dilaksanakan tanpa mengira parti yang bertanding, dengan BN menyokong Pas di kawasan ditandingi parti itu dan begitu juga sebaliknya.

“Hijau menerima biru. Biru mesti menerima hijau. Di mana kita bertanding mereka akan bantu kita. Begitu juga di mana mereka bertanding, kita bantu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya dan Pengenalan Calon BN Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), hari ini. Menurutnya, kerjasama itu perlu disesuaikan dengan dinamika politik semasa bagi merealisasikan laluan ke Putrajaya.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp

Berita berkaitan

Majlis pelancaran jentera dan pengumuman calon BN dalam PRN Melaka.
Politik

Agihan kerusi tanpa rundingan langgar semangat konsensus: MCA

Oleh Metra Syahril Mohamed25 Oktober 2026 pada 09:52 PTG
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh.
Politik

Akmal Saleh dicalonkan semula kerusi DUN Merlimau

Oleh The Step24 Oktober 2026 pada 10:38 PTG
DUN Sarawak.
Politik

DUN Sarawak bubar berkuat kuasa 26 Oktober ini

Oleh The Step23 Oktober 2026 pada 03:58 PTG
“Bangga dan syukur. Bersama kita ada 15 orang yang mewakili Perikatan Nasional (PN) dalam proses prosiding semakan kehakiman hari ini' - Takiyuddin
Politik

‘Perikatan Nasional kembali, PN is back' – Takiyuddin

Oleh The Step22 Oktober 2026 pada 05:37 PTG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com