The Step - Every Story Moves You

DUN Sarawak bubar berkuat kuasa 26 Oktober ini

Pada PRN Sarawak yang diadakan 18 Disember 2021, Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diterajui Abang Johari mencatat kemenangan besar dengan meraih 76 daripada 82 kerusi dipertandingan.

TS
Oleh The StepPengarang Berita23 Oktober 2026 pada 03:58 PTG1 min bacaanDikemas kini 23 Oktober 2026 pada 09:14 PTG
DUN Sarawak.

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubar pada 26 Oktober ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang ke-13 diadakan.

Perkara itu diumumkan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam sidang media khas di Kompleks Satria Pertiwi, Kuching.

Menurut beliau, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah memperkenan permohonan pihaknya untuk membubarkan DUN selaras dengan Perkara 21(2) Perlembagaan Negeri Sarawak.

"Keputusan ini bagi membolehkan rakyat memilih kerajaan dengan mandat baharu untuk meneruskan agenda pembangunan negeri," katanya.

Pada PRN Sarawak yang diadakan 18 Disember 2021, Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diterajui Abang Johari mencatat kemenangan besar dengan meraih 76 daripada 82 kerusi dipertandingan.

Abang Johari memberitahu, rakyat Sarawak mesti diberikan peluang untuk melaksanakan hak demokrasi bagi memilih kerajaan dengan mandat baharu untuk meneruskan agenda pembangunan Sarawak.

Jelas beliau, pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran.

Beliau menambah, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan dimaklumkan mengenai pembubaran itu bagi membolehkan persiapan berkaitan dilaksanakan.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp

Berita berkaitan

Majlis pelancaran jentera dan pengumuman calon BN dalam PRN Melaka.
Politik

Agihan kerusi tanpa rundingan langgar semangat konsensus: MCA

Oleh Metra Syahril Mohamed25 Oktober 2026 pada 09:52 PTG
“Hijau menerima biru. Biru mesti menerima hijau." - Zahid
Politik

Kerjasama BN-Pas buka laluan ke Putrajaya – Zahid

Oleh The Step24 Oktober 2026 pada 11:20 PTG
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh.
Politik

Akmal Saleh dicalonkan semula kerusi DUN Merlimau

Oleh The Step24 Oktober 2026 pada 10:38 PTG
“Bangga dan syukur. Bersama kita ada 15 orang yang mewakili Perikatan Nasional (PN) dalam proses prosiding semakan kehakiman hari ini' - Takiyuddin
Politik

‘Perikatan Nasional kembali, PN is back' – Takiyuddin

Oleh The Step22 Oktober 2026 pada 05:37 PTG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com