‘Produktiviti mesti diterjemah kepada gaji lebih baik’ – Dr. Sam
'Kesediaan graduan menghadapi perubahan pasaran pekerjaan juga perlu diberi perhatian, khususnya dalam penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI), digitalisasi, semikonduktor, automasi serta bidang baharu yang semakin diperlukan industri.' - Dr. Sam


‘Produktiviti mesti diterjemah kepada gaji lebih baik’ – Dr. Sam
PENINGKATAN pendapatan pekerja, kesediaan graduan menghadapi perubahan pasaran pekerjaan serta keselamatan makanan antara perkara yang diberi perhatian Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika menghadiri persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Ahli Parlimen Kemaman itu berkata, antara isu yang dibangkitkan rakan-rakan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) ialah keperluan memastikan peningkatan produktiviti turut diterjemahkan kepada gaji dan pendapatan pekerja yang lebih baik.
Menurut Samsuri yang juga dikenali sebagai Dr. Sam, kesediaan graduan menghadapi perubahan pasaran pekerjaan juga perlu diberi perhatian, khususnya dalam penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI), digitalisasi, semikonduktor, automasi serta bidang baharu yang semakin diperlukan industri.
“Turut diberi perhatian ialah kesediaan graduan menghadapi perubahan pasaran pekerjaan, termasuk penguasaan AI, digitalisasi, semikonduktor, automasi dan bidang-bidang baharu yang semakin diperlukan industri,” katanya menerusi hantaran di media sosial.
Beliau berkata, perbahasan turut menyentuh Rang Undang-Undang Makanan 1983 (Pindaan) 2026, termasuk penambahbaikan berkaitan keperluan memperkukuh aspek keselamatan makanan.
Katanya, perkara itu meliputi kawalan terhadap bahan yang berkaitan dengan makanan, bekalan makanan import serta akses kepada data digital mengenai produk makanan.
“Semoga perkara-perkara yang dibangkitkan ini terus mendapat perhatian sewajarnya agar setiap dasar dan perancangan yang dibuat benar-benar menyumbang kepada kesejahteraan serta masa depan yang lebih baik kepada rakyat,” katanya.

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Berita berkaitan

467 ditahan libatkan kesalahan penyeludupan, ketirisan barangan kawalan
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 10:57 PG
TH ambil langkah kesan aliran wang, pindahan bank Al-Rawda
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 09:33 PG
Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM


