The Step - Every Story Moves You

Dr Sam sambut baik keputusan mahkamah, PN terus tuntut keadilan

“Kita menghormati kebebasan badan kehakiman dan akan terus mengemukakan hujah melalui saluran undang-undang yang sewajarnya." - Dr Sam

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan13 Oktober 2026 pada 11:12 PTG2 min bacaanDikemas kini 14 Oktober 2026 pada 08:31 PG
Dr Sam turut menghargai usaha pasukan perundangan serta sokongan semua pihak sepanjang proses berkenaan.

Dr Sam menegaskan PN akan meneruskan usaha itu dengan tenang, tertib dan penuh tanggungjawab, selain berharap proses seterusnya berjalan lancar serta keadilan dapat ditegakkan.

PERIKATAN Nasional (PN) akan meneruskan usaha menuntut keadilan melalui saluran undang-undang selepas Mahkamah Tinggi membenarkan gabungan itu memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar notis penggantungan kegiatan yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

Pengerusinya, Datuk Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata keputusan mahkamah itu merupakan perkembangan penting yang memberi ruang kepada persoalan dibangkitkan PN untuk diteliti melalui proses kehakiman.

Menerusi kenyataan yang dikongsikan di media sosial, beliau berkata keputusan berkenaan adalah langkah awal dalam usaha mendapatkan keadilan, memandangkan perkara pokok permohonan masih perlu didengar dan diputuskan oleh mahkamah.

“Kita menghormati kebebasan badan kehakiman dan akan terus mengemukakan hujah melalui saluran undang-undang yang sewajarnya.

“Pendirian kami kekal berasaskan prinsip keadilan, ketelusan dan kedaulatan undang-undang,” katanya.

Ahmad Samsuri turut menghargai usaha pasukan perundangan serta sokongan semua pihak sepanjang proses berkenaan.

Beliau menegaskan PN akan meneruskan usaha itu dengan tenang, tertib dan penuh tanggungjawab, selain berharap proses seterusnya berjalan lancar serta keadilan dapat ditegakkan.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi membenarkan PN memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar notis RoS yang menggantung semua kegiatan gabungan itu.

Hakim Datuk Azizan Md Arshad membuat keputusan berkenaan menerusi prosiding dalam kamar.

Bagaimanapun, mahkamah menolak permohonan PN untuk menggantung sementara pelaksanaan notis yang dikeluarkan pada 22 September lalu, sementara menunggu keputusan semakan kehakiman.

Mahkamah menetapkan 22 Oktober ini untuk mendengar permohonan PN bagi mendapatkan penggantungan sementara notis berkenaan.

Susulan keputusan itu, notis berkenaan kekal berkuat kuasa buat masa ini, menyebabkan PN masih tidak dibenarkan menggunakan nama dan logonya, manakala semua kegiatan gabungan itu kekal digantung sehingga terdapat keputusan lanjut mahkamah.

Permohonan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman itu difailkan oleh lima pemimpin parti komponen PN yang diketuai Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Turut menjadi pemohon ialah Setiausaha Agung Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), Wong Chia Zhen; Setiausaha Agung Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), Sathes Kumar Nilamaham; Setiausaha Agung Parti Wawasan Negara (WAWASAN), Datuk Seri Saifuddin Abdullah; dan Setiausaha Agung Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG), Datuk Sazmi Miah.

Perkembangan seterusnya pada 22 Oktober ini akan memberi tumpuan kepada permohonan penggantungan sementara notis berkenaan, manakala persoalan utama dalam semakan kehakiman masih menunggu proses perundangan selanjutnya.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 191 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

Majlis pelancaran jentera dan pengumuman calon BN dalam PRN Melaka.
Politik

Agihan kerusi tanpa rundingan langgar semangat konsensus: MCA

Oleh Metra Syahril Mohamed25 Oktober 2026 pada 09:52 PTG
“Hijau menerima biru. Biru mesti menerima hijau." - Zahid
Politik

Kerjasama BN-Pas buka laluan ke Putrajaya – Zahid

Oleh The Step24 Oktober 2026 pada 11:20 PTG
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh.
Politik

Akmal Saleh dicalonkan semula kerusi DUN Merlimau

Oleh The Step24 Oktober 2026 pada 10:38 PTG
DUN Sarawak.
Politik

DUN Sarawak bubar berkuat kuasa 26 Oktober ini

Oleh The Step23 Oktober 2026 pada 03:58 PTG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com