PAS penyumbang terbesar PN, miliki kerusi Parlimen paling banyak
Takiyuddin turut menegaskan PAS mempunyai kerusi paling banyak bukan sahaja dalam PN, malah dalam Parlimen.

'PAS menjadi penyumbang dana terbesar kepada Perikatan Nasional (PN)' - Takiyuddin
PAS menjadi penyumbang dana terbesar kepada Perikatan Nasional (PN) dengan sumbangan RM43,000 sebulan menerusi Ahli Parlimen parti itu.
Menurut laporan media, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata sumbangan itu dikumpulkan daripada 43 Ahli Parlimen PAS yang masing-masing menyalurkan RM1,000 setiap bulan kepada gabungan berkenaan.
Takiyuddin turut menegaskan PAS mempunyai kerusi paling banyak bukan sahaja dalam PN, malah dalam Parlimen.
Beliau berkata demikian ketika Ceramah Jelajah Himpunan dan Munajat Penyatuan Ummah Parlimen Kubang Kerian, pada Selasa.
Terdahulu, media melaporkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) mengesahkan pembatalan pendaftaran PN selepas mendapati penjelasan gabungan itu gagal menyangkal asas pembatalan yang dinyatakan dalam notis terdahulu.
Keputusan itu dibuat di bawah subperenggan 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) selepas meneliti dokumen dan representasi PN yang dikemukakan pada 12 Oktober lalu.
Berita berkaitan

Agihan kerusi tanpa rundingan langgar semangat konsensus: MCA




