Anthony Loke tawar diri letak jawatan menteri
Walau bagaimanapun beliau berkata, menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri lain daripada DAP akan kekal dalam kerajaan.

Anthony Loke.
SETIAUSAHA Agung DAP, Anthony Loke menawarkan diri untuk meletakkan jawatan dalam Kabinet susulan keputusan tahanan rumah dikenakan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pengumuman itu dibuat selepas Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP mengadakan mesyuarat tergempar di ibu pejabat parti itu di ibu negara hari ini.
Walau bagaimanapun beliau berkata, menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri lain daripada DAP akan kekal dalam kerajaan.
Beliau turut menegaskan akan mengemukakan surat peletakan jawatan itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat.
"Keputusan ini dicapai selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang berlangsung selama tiga jam bagi membincangkan perkembangan berkenaan.
"Saya mengemukakan cadangan ini kepada CEC dan kita membuat keputusan bahawa saya meletakkan jawatan sebagai reaksi parti terhadap apa yang telah berlaku," katanya pada sidang media sejurus selepas mesyuarat tergempar itu.
Anthony memberitahu, barisan menteri dan timbalan menteri DAP turut menyatakan kesediaan melepaskan jawatan pada bila-bila masa.
Namun begitu tegas beliau, CEC memutuskan mereka perlu kekal dalam kerajaan buat masa ini bagi menjamin kestabilan politik negara dan mengelakkan pentadbiran Anwar kehilangan sokongan majoriti.
DAP katanya, menyedari terdapat pihak tertentu yang menunggu parti itu keluar daripada kerajaan sehingga boleh mencetuskan ketidakstabilan politik atau membawa kepada perubahan kerajaan.
Mengulas keputusan tahanan rumah Najib, Anthony berkata, DAP menghormati kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan keputusan itu tidak boleh dipertikaikan.
Menurutnya, DAP akan terus berpegang kepada perjuangan menegakkan kebenaran dan memastikan pihak yang bertanggungjawab dikenakan hukuman setimpal.
Tentang Penulis

Penulis merupakan Ketua Pengarang The Step. Berpengalaman dalam penulisan berita lebih 20 tahun khususnya berkaitan misi kemanusiaan, rencana dan hal ehwal semasa. Penulis juga merupakan calon angkasawan ketika proses pemilihan angkasawan negara. Pernah menyertai misi kemanusiaan di Somalia dan Syria, mendekati cerita-cerita mangsa perang dan konflik kemanusiaan. Penulis juga pernah menyertai misi kemanusiaan di Lubnan bersama pasukan MALBATT.
Dari Penulis

MCMC terima aduan video pementasan sentuh institusi raja, Rukun Negara
Metra Syahril Mohamed · 19 September 2026 pada 05:05 PTG

Siasatan kes FELDA, FIC: SPRM rakam keterangan Isa Samad di penjara
Metra Syahril Mohamed · 19 September 2026 pada 04:08 PTG

RCI Tabung Haji: Azeez Rahim, keluarga diminta isytihar harta dalam tempoh sebulan
Metra Syahril Mohamed · 19 September 2026 pada 03:08 PTG

UMNO lancar kutipan tabung sumbangan bantu ringankan beban Najib
Metra Syahril Mohamed · 18 September 2026 pada 04:43 PTG
Berita berkaitan

UMNO lancar kutipan tabung sumbangan bantu ringankan beban Najib
Metra Syahril Mohamed · 18 September 2026 pada 04:43 PTG

Pas sambut baik hasrat UMNO adakan rundingan terus
Deel Anjer · 18 September 2026 pada 02:12 PTG

Pandangan pengampunan Najib dibuat selepas teliti pendapat bertulis AG – Hannah
The Step · 16 September 2026 pada 11:20 PG

MCMC tidak terlibat manipulasi sentimen politik
Metra Syahril Mohamed · 11 September 2026 pada 10:54 PTG

