EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com
Nasional

WhatsApp digodam, disekat: Hati-hati pihak tawar khidmat pemulihan akaun

"MCMC ingin menjelaskan bahawa pengambilalihan akaun (account compromise) dan penyekatan akaun adalah dua perkara yang berbeza.

Metra Syahril Mohamed25 September 2026 pada 11:17 PGDikemas kini 25 September 2026 pada 11:20 PG
MCMC

MCMC.

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan pihak menawarkan perkhidmatan pemulihan akaun WhatsApp yang meminta wang, maklumat peribadi atau kod pengesahan.

Ini selepas pihaknya menerima aduan mengenai kebimbangan orang ramai berhubung akaun WhatsApp yang dilaporkan digodam, disekat atau tidak lagi dapat diakses.

Menurut MCMC, pihaknya sedang meneliti aduan yang diterima dan telah mengemukakan kes berkaitan kepada Meta untuk mendapatkan penjelasan serta tindakan sewajarnya.

"MCMC ingin menjelaskan bahawa pengambilalihan akaun (account compromise) dan penyekatan akaun adalah dua perkara yang berbeza.

"Akaun yang telah diambil alih pihak tidak bertanggungjawab boleh disalahgunakan untuk penipuan, spam atau aktiviti yang melanggar syarat WhatsApp, dan seterusnya menyebabkan akaun berkenaan disekat oleh platform," jelasnya dalam kenyataan.

MCMC memberitahu, pengguna yang terjejas dinasihatkan supaya menggunakan saluran rasmi WhatsApp untuk pemulihan atau semakan akaun.

Pengguna juga katanya, hendaklah tidak berkongsi kod pengesahan atau PIN keselamatan, mengaktifkan ciri Two-Step Verification, serta mengelakkan pautan atau aplikasi mencurigakan.

"Sekiranya masalah masih tidak dapat diselesaikan melalui saluran rasmi WhatsApp, pengguna boleh mengemukakan aduan kepada MCMC untuk tindakan lanjut dan pengemukaan kes kepada Meta.

"MCMC akan terus memantau perkara ini dan mendapatkan kerjasama platform bagi melindungi kepentingan pengguna," katanya.

Tentang Penulis

Foto profil Metra Syahril Mohamed
Metra Syahril Mohamed

Penulis

Penulis merupakan Ketua Pengarang The Step. Berpengalaman dalam penulisan berita lebih 20 tahun khususnya berkaitan misi kemanusiaan, rencana dan hal ehwal semasa. Penulis juga merupakan calon angkasawan ketika proses pemilihan angkasawan negara. Pernah menyertai misi kemanusiaan di Somalia dan Syria, mendekati cerita-cerita mangsa perang dan konflik kemanusiaan. Penulis juga pernah menyertai misi kemanusiaan di Lubnan bersama pasukan MALBATT.

Berita berkaitan