Belanjawan 2027: TNB labur RM15 bilion perkukuh grid nasional
TENAGA Nasional Berhad (TNB) akan melabur RM15 bilion bagi memperkukuh grid nasional sebagai langkah menjamin kelangsungan bekalan elektrik negara susulan ketidaktentuan tenaga global.


TENAGA Nasional Berhad (TNB) akan melabur RM15 bilion bagi memperkukuh grid nasional sebagai langkah menjamin kelangsungan bekalan elektrik negara susulan ketidaktentuan tenaga global.
TENAGA Nasional Berhad (TNB) akan melabur RM15 bilion bagi memperkukuh grid nasional sebagai langkah menjamin kelangsungan bekalan elektrik negara susulan ketidaktentuan tenaga global.
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata peralihan tenaga negara perlu dipergiat bagi memastikan bekalan tenaga kekal mencukupi untuk memenuhi permintaan dalam jangka panjang.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan MADANI Kelima 2027 di Dewan Rakyat, hari ini.
Selain pelaburan TNB, UEM Lestra turut melabur RM1 bilion, termasuk bagi melaksanakan projek penyimpanan tenaga di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta projek tenaga hibrid berkapasiti satu gigawatt di Johor.
Dalam usaha memperluas penggunaan tenaga hijau, Dana Iklim Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) berjumlah RM1 bilion pula dimanfaatkan untuk menyokong projek hijau, termasuk tenaga boleh baharu dan penyahkarbonan.
Kerajaan turut mengambil langkah menggalakkan penggunaan peralatan elektrik cekap tenaga dalam kalangan isi rumah menerusi inisiatif NUR MADANI.
Melalui inisiatif itu, rebat sehingga RM200 disediakan kepada pembeli penyaman udara dan peti sejuk cekap tenaga, sekali gus membantu mengurangkan penggunaan elektrik ketika cuaca panas.
Bagi menggalakkan lebih banyak syarikat beralih kepada teknologi hijau dan amalan lestari, kerajaan turut menambah baik serta melanjutkan galakan cukai sehingga 31 Disember 2030.
Di bawah insentif berkenaan, syarikat yang melaksanakan projek teknologi hijau dan lestari serta membangunkan stesen pengecasan kenderaan elektrik layak menikmati Elaun Cukai Pelaburan sehingga 100 peratus.
Kemudahan sama turut diberikan kepada syarikat yang membeli aset teknologi hijau untuk kegunaan sendiri, tertakluk kepada syarat ditetapkan.
Langkah berkenaan mencerminkan usaha kerajaan memperkukuh infrastruktur tenaga, memperluas penggunaan teknologi hijau dan menggalakkan sektor korporat memainkan peranan dalam peralihan ke arah ekonomi rendah karbon.
Usaha itu juga penting bagi memastikan sistem tenaga negara kekal berdaya tahan ketika berdepan perubahan permintaan serta ketidaktentuan bekalan tenaga global.

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Berita berkaitan

467 ditahan libatkan kesalahan penyeludupan, ketirisan barangan kawalan
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 10:57 PG
TH ambil langkah kesan aliran wang, pindahan bank Al-Rawda
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 09:33 PG
Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM


