The Step - Every Story Moves You

“Tidak menyangka itu pertemuan terakhir” – Dr Sam kenang Tun Dr Siti Hasmah

Dr Samsuri turut menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang mesra dan ceria

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan29 September 2026 pada 09:05 PTG1 min bacaanDikemas kini 1 Oktober 2026 pada 01:44 PTG
Ahmad Samsuri turut menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang mesra dan ceria

“Tidak menyangka bahawa pertemuan dan makan malam bersama selama 90 minit pada malam itu, adalah yang terakhir" - Dr Sam

“ADA pertemuan yang singkat pada hitungan waktu, tetapi lama tinggalnya dalam ingatan.”

Demikian luahan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang juga Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, ketika mengenang Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang meninggal dunia pada Isnin lalu.

Menerusi perkongsian di Threads, Ahmad Samsuri atau lebih dikenali sebagai Dr Sam berkata, beliau bersama isterinya berkesempatan bertemu dan berbual panjang dengan Allahyarham di kediaman Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah pada malam Ahad, 20 September lalu.

 “Tidak menyangka bahawa pertemuan dan makan malam bersama selama 90 minit pada malam itu, adalah yang terakhir
“Tidak menyangka bahawa pertemuan dan makan malam bersama selama 90 minit pada malam itu, adalah yang terakhir
 “Tidak menyangka bahawa pertemuan dan makan malam bersama selama 90 minit pada malam itu, adalah yang terakhir

Menurutnya, pertemuan yang berlangsung selama kira-kira 90 minit itu termasuk makan malam bersama, selain diisi dengan perbualan mengenai kehidupan Allahyarham pada zaman awalnya di Kedah.

“Tidak menyangka bahawa pertemuan dan makan malam bersama selama 90 minit pada malam itu, adalah yang terakhir untuk kami dengan Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah, sebelum beliau pulang bertemu Yang Maha Pencipta pada jam 9.25 pagi hari Isnin, 28 September 2026,” katanya.

Ahmad Samsuri turut menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang mesra dan ceria, malah kenangan terhadap pertemuan berkenaan kembali bermain di fikirannya selepas menerima berita pemergian tokoh berkenaan.

“Ingatan saya kembali kepada malam seminggu yang lalu; kepada keramahan beliau, keceriaan wajahnya dan cerita tentang hari-hari awal kehidupannya di Kedah,” katanya.

Dalam hantaran sama, beliau turut mendoakan agar Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, menerima segala amal kebajikan serta menempatkan rohnya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Beliau turut mendoakan agar seluruh ahli keluarga Allahyarham dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan itu.

“Al-Fatihah,” katanya.

Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah, 100, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada 28 September 2026.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 191 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com