The Step - Every Story Moves You

“Tiada ganti di hati Kami” – Umie Aida, Erma Fatima kenang Tun Dr Siti Hasmah

Kehilangan Allahyarhamah bukan sesuatu yang mudah untuk diterima

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan29 September 2026 pada 09:38 PTG2 min bacaanDikemas kini 29 September 2026 pada 09:43 PTG
Krhilangan Allahyarhamah bukan sesuatu yang mudah untuk diterima. "

"Kehilangan Allahyarham bukan sesuatu yang mudah untuk diterima."

Tiada siapa mampu menggantikan tempat Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali di hati anak seni yang pernah mengenali serta merasai sendiri kelembutan dan keperibadian tokoh negarawan itu.

Bagi pelakon Datin Seri Umie Aida dan pengarah serta penerbit, Erma Fatima, pemergian Allahyarham bukan sekadar kehilangan seorang tokoh negara, sebaliknya kehilangan sosok ibu yang begitu dekat dengan jiwa mereka.

Umie berkata, dirinya bersama barisan anak seni berasa bertuah kerana berkesempatan menganjurkan majlis sambutan ulang tahun ke-100 Allahyarhamah bersama anak-anak seni, kira-kira seminggu sebelum pemergiannya.

Menurut Umie, ketika majlis berkenaan berlangsung, keadaan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Allahyarhamah juga tidak begitu sihat, namun kedua-duanya tetap berusaha untuk hadir bersama.

“Rezeki kami kerana dapat mengadakan majlis itu seminggu yang lalu. Ketika itu, keadaan Tun Mahathir dan Allahyarham Tun Hasmah pun tidak berapa sihat. Namun, mereka berusaha juga untuk hadir,” katanya.

Umie berkata, pertemuan tersebut kini menjadi kenangan paling bermakna kerana pada kesempatan itu, mereka dapat menyampaikan sendiri ucapan serta penghargaan terhadap segala jasa dan pengorbanan Allahyarham.

“Saya tidak berasa terkilan kerana pada majlis itu, kami dapat sampaikan rasa penghargaan dengan setiap perjuangan beliau selama ini. Alhamdulillah, itulah yang buat saya bahagia,” katanya.

Katanya, sebagai anak seni dan rakyat Malaysia, mereka kini hanya mampu menerima pemergian Allahyarhamah dengan hati terbuka serta mendoakan segala jasa dan perjuangannya terus dikenang.

Sementara itu, Erma Fatima menyifatkan pemergian Allahyarhamah sebagai kehilangan besar bukan sahaja buat negara, malah kepada industri seni tanah air yang begitu dekat dengan kehidupannya.

Erma yang pernah mengarahkan pementasan teater Tun Siti Hasmah pada 2012 berkata, pengalaman bekerjasama serta beberapa kali berkunjung menemui Allahyarhamah memberi peluang kepadanya untuk mengenali sisi peribadi tokoh berkenaan dengan lebih dekat.

“Saya pernah bersama beliau untuk mengadakan pementasan teater bersama. Saya juga berpeluang untuk mengunjungi beliau beberapa kali,” katanya.

Menurut Erma, sepanjang mengenali Allahyarham, beliau berpeluang memahami sedikit sebanyak keluh kesah, kegembiraan dan kebahagiaan yang dilalui wanita berkenaan dalam kehidupannya.

“Tiada siapa pun yang mahu kehilangan orang yang bermakna dalam hidup. Kita menyayanginya bukan hanya kerana beliau merupakan ‘first lady’, tetapi lebih daripada itu,” katanya.

Erma berkata, kehilangan Allahyarhamah bukan sesuatu yang mudah untuk diterima, namun dirinya dan anak-anak seni perlu reda serta terus menghargai segala jasa dan kebaikan yang pernah dicurahkan.

“Tiada siapa yang dapat menggantikan tempatnya di hati kami anak seni. Tun Hasmah seorang yang sangat kuat. Bila kita dekat dengannya, kita dapat rasa sifat keibuannya dan lemah lembut,” katanya.

Terdahulu, Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada jam 9.20 pagi, Isnin.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 191 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com