TH mulakan kursus asas haji musim 1448H/2027M
TH memberitahu, kursus tersebut turut terbuka kepada orang awam yang ingin mendalami ilmu berkaitan ibadah haji.

Kursus asas haji akan bermula esok yang memberi penekanan kepada penguasaan ilmu asas ibadah haji dan umrah. — Tabung Haji.
LEMBAGA Tabung Haji (TH) akan memulakan Kursus Asas Haji (KAH) bagi musim haji 1448H/2027M, esok sebagai langkah awal memperkukuh persediaan bakal haji daripada aspek ilmu dan kefahaman berkaitan ibadah haji.
Menurut TH, ia merupakan antara program bimbingan haji yang memberi penekanan kepada penguasaan ilmu asas ibadah haji dan umrah.
Ini jelasnya, termasuk panduan praktikal bagi membantu bakal jemaah membuat persediaan awal ibadah, kesihatan dan pengurusan diri sebelum menunaikan ibadah di Tanah Suci.
"Bagi musim haji 1448H/2027M, KAH akan dilaksanakan sebanyak 12 siri di 200 buah masjid di seluruh negara bagi memudahkan bakal jemaah dan orang ramai mendapatkan bimbingan haji berhampiran kawasan masing-masing," jelasnya dalam kenyataan.
TH memberitahu, kursus tersebut turut terbuka kepada orang awam yang ingin mendalami ilmu berkaitan ibadah haji.
Katanya, TH menggalakkan semua bakal haji musim 1448H/2027M mengambil peluang mengikuti KAH secara serius dan konsisten kerana modul pembelajaran KAH adalah asas utama bagi kursus seterusnya iaitu Kursus Intensif Haji (KIH) dan Kursus Perdana Haji (KPH).
Tambahnya, persediaan menunaikan haji bukan sahaja melibatkan aspek kewangan dan kesihatan, malah memerlukan kefahaman ilmu yang mencukupi bagi memastikan ibadah dapat dilaksanakan dengan sempurna.
"Jadual dan maklumat lanjut mengenai KAH boleh disemak melalui aplikasi THiJARI, laman web rasmi TH atau Pejabat TH berhampiran.
"Bakal haji dan orang awam juga boleh mengakses bahan pembelajaran secara dalam talian menerusi platform e-Bimbingan Haji TH," katanya.
TH turut mengingatkan bakal jemaah supaya membuat persediaan secara menyeluruh selaras dengan konsep istito’ah termasuk menjaga kesihatan dan kecergasan, meningkatkan simpanan secara konsisten serta memastikan maklumat peribadi sentiasa dikemas kini.
Tentang Penulis

Penulis merupakan Ketua Pengarang The Step. Berpengalaman dalam penulisan berita lebih 20 tahun khususnya berkaitan misi kemanusiaan, rencana dan hal ehwal semasa. Penulis juga merupakan calon angkasawan ketika proses pemilihan angkasawan negara. Pernah menyertai misi kemanusiaan di Somalia dan Syria, mendekati cerita-cerita mangsa perang dan konflik kemanusiaan. Penulis juga pernah menyertai misi kemanusiaan di Lubnan bersama pasukan MALBATT.
Dari Penulis

AGC fail rayuan pembebasan remaja bunuh pelajar perempuan
Metra Syahril Mohamed · 24 September 2026 pada 11:31 PG
.jpeg&w=3840&q=75)
652 penjawat awam terima ganjaran RM1.18 juta
Metra Syahril Mohamed · 23 September 2026 pada 09:36 PG

DUN Melaka bubar esok, dapat perkenan Yang di-Pertua Negeri
Metra Syahril Mohamed · 22 September 2026 pada 03:02 PTG

'Dalam penjara ada dadah, ada hierarki, ada kasta': Yasin tarik balik segala dakwaan
Metra Syahril Mohamed · 21 September 2026 pada 10:30 PTG
Berita berkaitan

AGC fail rayuan pembebasan remaja bunuh pelajar perempuan
Metra Syahril Mohamed · 24 September 2026 pada 11:31 PG

Rohingya boleh ambil lesen memandu? JPJ tampil bersuara
Deel Anjer · 24 September 2026 pada 11:29 PG

Polis cari penunggang motosikal langgar dua murid lintas jalan
The Step · 24 September 2026 pada 08:23 PG

RON97, RON95 tanpa subsidi naik 20 sen, diesel naik 15 sen seliter
The Step · 23 September 2026 pada 08:45 PTG

