Siasatan kes FELDA, FIC: SPRM rakam keterangan Isa Samad di penjara
SPRM katanya, turut memberi tumpuan kepada pengumpulan dokumen berkaitan yang berada di luar negara, khususnya di United Kingdom (UK) dan Arab Saudi.

Isa Samad.
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mula merakam keterangan bekas Pengerusi FELDA, Tan Isa Samad di Penjara Sungai Buloh dalam siasatan membabitkan FELDA dan Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC).
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, proses rakaman keterangan dilakukan selama dua hari bermula Khamis lalu.
Namun menurut beliau, ia dijangka mengambil masa tiga atau empat hari lagi.
"Setakat ini dua hari (rakam keterangan), bermula 17 September (Khamis lalu).
"Kita akan sambung untuk merakam keterangan pada Isnin ini dan mungkin selesai pada Khamis," katanya dalam sidang media selepas menyempurnakan perasmian Program Menembak SPRM Bersama Media di Maktab Penjara Kajang.
Beliau dalam pada itu mengucapkan terima kasih kepada Pengarah Penjara Sungai Buloh kerana mempermudah proses merakam kenyataan itu dan memberikan kerjasama penuh kepada pegawai penyiasat.
Jelas beliau, proses merakam kenyataan dilakukan dengan SPRM menjalankan siasatan ke atas tujuh kes membabitkan pembelian atau pelaburan aset oleh FELDA dan FIC, antara 2010 dan 2020.
Katanya, enam kertas siasatan baharu sudah dibuka manakala satu siasatan terdahulu dibuka semula.
"Seramai 34 saksi dipanggil setakat ini untuk dirakam kenyataan mereka berhubung tujuh siasatan berkenaan, terdiri daripada bekas Ahli Lembaga Pengarah Felda dan FIC, pegawai pengurusan kedua-dua entiti, pegawai kerajaan, wakil pejabat tanah, penilai bebas serta peguam," katanya.
SPRM katanya, turut memberi tumpuan kepada pengumpulan dokumen berkaitan yang berada di luar negara, khususnya di United Kingdom (UK) dan Arab Saudi.
"Kita akan memohon Bantuan Perundangan Bersama (MLA) melalui Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan keterangan saksi serta dokumen berkaitan dari negara terbabit.
Tentang Penulis

Penulis merupakan Ketua Pengarang The Step. Berpengalaman dalam penulisan berita lebih 20 tahun khususnya berkaitan misi kemanusiaan, rencana dan hal ehwal semasa. Penulis juga merupakan calon angkasawan ketika proses pemilihan angkasawan negara. Pernah menyertai misi kemanusiaan di Somalia dan Syria, mendekati cerita-cerita mangsa perang dan konflik kemanusiaan. Penulis juga pernah menyertai misi kemanusiaan di Lubnan bersama pasukan MALBATT.
Dari Penulis

MCMC terima aduan video pementasan sentuh institusi raja, Rukun Negara
Metra Syahril Mohamed · 19 September 2026 pada 05:05 PTG

RCI Tabung Haji: Azeez Rahim, keluarga diminta isytihar harta dalam tempoh sebulan
Metra Syahril Mohamed · 19 September 2026 pada 03:08 PTG

UMNO lancar kutipan tabung sumbangan bantu ringankan beban Najib
Metra Syahril Mohamed · 18 September 2026 pada 04:43 PTG

AirAsia perkukuh Kuala Lumpur hab mega tambang rendah nombor satu dunia
Metra Syahril Mohamed · 18 September 2026 pada 03:07 PTG
Berita berkaitan

MCMC terima aduan video pementasan sentuh institusi raja, Rukun Negara
Metra Syahril Mohamed · 19 September 2026 pada 05:05 PTG

RCI Tabung Haji: Azeez Rahim, keluarga diminta isytihar harta dalam tempoh sebulan
Metra Syahril Mohamed · 19 September 2026 pada 03:08 PTG

Keadaan fizikal Kelat susut mendadak, Neow gesa pemeriksaan kesihatan segera
Deel Anjer · 19 September 2026 pada 12:30 PTG

Pengampunan bersyarat, Najib jalani tahanan rumah jika bayar denda RM50 juta
The Step · 18 September 2026 pada 01:06 PTG

