Seruan istito'ah pendekkan giliran tunai haji kepada 70 tahun berbanding 150 tahun
Bagi pendeposit yang telah mendaftar haji, mereka diberikan tempoh peralihan lebih dua tahun sehingga 31 Disember 2028 untuk mencapai sasaran simpanan minimum RM15,000 tersebut.


Bermula 1 Januari 2029, giliran haji akan disusun semula secara sistematik dan automatik berdasarkan tarikh pendaftaran dalam kalangan mereka yang telah mencapai simpanan minimum RM15,000. Tabung Haji.
PELAKSANAAN seruan istito'ah berpotensi mengurangkan lebih separuh tempoh menunggu giliran haji, iaitu daripada sekitar 150 tahun ketika ini kepada tempoh di bawah 70 tahun.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, ia berdasarkan anggaran semasa Lembaga Tabung Haji (TH) dan boleh berubah bergantung kepada beberapa situasi.
"Antaranya jumlah pendeposit yang memenuhi syarat simpanan minimum ditetapkan selain bilangan kuota haji rasmi Malaysia di masa hadapan serta perkembangan semasa terutamanya di Tanah Suci," jelasnya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.
Beliau menjawab soalan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) mengenai isu tempoh sebenar menunggu untuk menunaikan haji bagi pendeposit yang telah mencapai simpanan minimum RM15,000 serta nasib pendeposit yang telah lama berdaftar tapi belum mencukupi simpanan berkenaan.
Beliau menambah, bagi pendeposit yang telah mendaftar haji, mereka diberikan tempoh peralihan lebih dua tahun sehingga 31 Disember 2028 untuk mencapai sasaran simpanan minimum RM15,000 tersebut.
Jelas beliau, bermula 1 Januari 2029, giliran haji akan disusun semula secara sistematik dan automatik berdasarkan tarikh pendaftaran dalam kalangan mereka yang telah mencapai simpanan minimum RM15,000.
"Bagi mereka yang telah mendaftar tetapi masih belum mencapai paras minimum tersebut, kedudukan mereka akan dimasukkan dalam giliran haji aktif apabila syarat kesiapsiagaan simpanan tersebut dicapai," katanya.

Penulis merupakan Ketua Pengarang The Step. Berpengalaman dalam penulisan berita lebih 20 tahun khususnya berkaitan misi kemanusiaan, rencana dan hal ehwal semasa. Penulis juga merupakan calon angkasawan ketika proses pemilihan angkasawan negara. Pernah menyertai misi kemanusiaan di Somalia dan Syria, mendekati cerita-cerita mangsa perang dan konflik kemanusiaan. Penulis juga pernah menyertai misi kemanusiaan di Lubnan bersama pasukan MALBATT.
Berita berkaitan

Curi kabel di siang hari di Jalan Tun Razak, polis giat buru kumpulan suspek
Oleh The Step21 November 2026 pada 04:14 PTG

Khoo Poay Tiong akui silap, mohon maaf isu premis tutup Jumaat di Kuala Terengganu


